CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 850|Reply: 2

[Tempatan] ‘10 tahun kami bergadai nyawa di laut’

[Copy link]
Post time 29-11-2021 10:21 AM | Show all posts |Read mode

SEKUMPULAN nelayan membantu rakan mereka membaiki enjin bot yang rosak di pangkalan Telok Nipah, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda baru-baru ini.

‘10 tahun kami bergadai nyawa di laut’

SUNGAI PETANI – Penantian kira-kira 50 nelayan pantai yang berpangkalan di Telok Nipah, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda dekat sini untuk mendapatkan lesen sampan menangkap ikan sejak 10 tahun lalu masih belum menjadi kenyataan.

Sebaliknya, kumpulan nelayan itu terpaksa mencari rezeki dengan mengambil risiko sendiri apabila tetap turun ke laut untuk menangkap ikan.

Mereka mendakwa, permohonan untuk mendapatkan lesen tersebut telah dibuat, namun sehingga kini masih gagal mendapatkannya.

Rata-rata nelayan dari Kampung Telok Amboi, Pantai Merdeka dan Kampung Keda Tukang Jusoh tersebut menyara keluarga dengan tangkapan hasil laut.

Seorang nelayan, Abdul Manaf Ismail, 54, berkata, mereka me­rupakan ahli Persatuan Nelayan Tanjung Dawai (PNTD) Cawangan Telok Nipah, namun itu bukanlah kelebihan untuk mendapatkan lesen sampan menangkap ikan.

“Sudah banyak kali kami membuat permohonan melalui PNTD, tetapi selepas 10 tahun berlalu, hanya tiga nelayan yang berpangkalan di sini yang berjaya mendapat lesen.

“Di mana silapnya saya pun tidak tahu, sebaliknya kami dijadikan seperti ‘bola’ apabila diarah oleh PNTD untuk berjumpa dengan Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malysia (LKIM) bagi proses permohonan lesen itu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi nelayan, Mohd. Amir Abdul Hamid, 42, yang lebih 15 tahun menjadi nelayan berkata, dia terpaksa turun ke laut walaupun tahu risiko akibat ketiadaan lesen sampan.

“Saya terpaksa kerana ini sahaja cara untuk saya meneruskan kelangsungan hidup demi menyara empat anak yang masih bersekolah serta isteri yang tidak bekerja.

“Apa yang boleh dibuat ha­nyalah berdoa setiap kali turun ke laut supaya dapat pulang dengan selamat serta tidak terse­rempak dengan pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan,” katanya.

Bagi Mukhlis Mansor, 36, pula, dia berharap permohonan mereka untuk mendapatkan lesen tersebut diluluskan segera.

“Jika mempunyai lesen, kami boleh menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) sebanyak RM300 dan peruntukan subsidi minyak petrol yang boleh digunakan ketika tidak boleh ke laut pada musim hujan dan ribut ataupun ketika sakit,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tanjung Dawai, Kamarul Badri Mohd. Saad ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata permohonan lesen sampan nelayan terbabit telah dihantar ke Jabatan Perikanan. -K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... adai-nyawa-di-laut/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 10:52 AM | Show all posts
mn p yb?
dh byk tahun xkan lh alasan camtu??
anak2 korang mn? xkanlah xde yg blajar pandai kot??

ehhh pelik....

ke elaun korang kena kebas dgn persatuan tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:39 PM | Show all posts
kalau dapat lesen dah tak bergadai nyawa ka macam mana?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.201167 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list