CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1120|Reply: 6

[Dunia] Asteroid gergasi rempuh orbit Bumi hari ini

[Copy link]
Post time 29-11-2021 10:14 AM | Show all posts |Read mode

Batu angkasa WR12 1994 itu dijangka melepasi Bumi pada jarak 3.8 juta batu hari ini. - Getty Images

Asteroid gergasi rempuh orbit Bumi hari ini

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi amaran bahawa sebuah asteroid gergasi memiliki saiz 131 meter  sedang meluncur laju ke arah laluan orbit Bumi dan semakin menghampirinya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pakar astronomi menjangkakakan  sekiranya asteroid yang hampir sama dengan saiz Menara Blackpool dan dua kali ganda lebih besar daripada menara Big Ben itu melanggar Bumi, kesannya adalah setara dengan tenaga 77 megaton TNT.

Perjalanan asteroid itu akan dipetakan oleh pendaftaran semua serpihan angkasa NASA.

Ditemui oleh ahli astronomi Amerika Carolyn S. Shoemaker di Balai Cerap Palomar pada 28 November 1994, batu angkasa yang besar itu telah ditetapkan sebagai WR12 1994.

Buat masa ini, WR12 1994 dijangka melintasi Bumi pada jarak 3.8 juta batu esok, namun pakar-pakar  mengatakan bahawa  kemasukan asteroid ke atmosfera Bumi tidak dapat dielakkan.

Pengarah Teknologi Angkasa Lepas dan Industri , Profesor Alan Duffy mengingatkan orang ramai untuk tidak bimbang apabila perkara itu berlaku.

“Saya menasihatkan orang ramai untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun, masih ada harapan buat Bumi sekiranya asteroid mendekati planet ini.

Ini kerana dunia sedang membangunkan teknologi baharu dikenali sebagai Ujian Pengalihan Asteroid Berganda atau DART ialah untuk menghalang pelanggaran asteroid.

Skim itu direka untuk ‘menumbuk’ asteroid ke luar laluannya supaya tidak melanggar Bumi. – AGENSI



SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... rbit-bumi-hari-ini/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon Thor 'tukulkan'....asteroid tu....sebelum menghampiri orbit bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan la jatuh kat malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:05 PM | Show all posts
angelofish replied at 29-11-2021 12:52 PM
jangan la jatuh kat malaysia..

dak aih
sipi2 je
pelepup kena muka direktor ahmad nisfu


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:22 PM | Show all posts
sila meninggal semua..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade kuasa sakti tak mcm xxray?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.511655 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list