CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 753|Reply: 8

Alyah tak cemburu

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 09:52 AM | Show all posts |Read mode

ALYAH dilantik sebagai duta dan wajah Kamya Glow.


Alyah tak cemburu


Penyanyi dan usahawan Datin Alyah mengakui ruang masanya bersama suami, Datuk Ramli MS menjadi agak terhad setiap kali tibanya program Gegar Vaganza (GV).

Alyah, 40, berkata, dia sudah terbiasa dengan situasi itu memandangkan program realiti berkenaan sudah pun berlangsung lapan musim.

"Jujurnya setiap kali tiba 'musim' GV, memang rutin seharian kami jadi agak berbeza. Jarang dapat makan luar bersama. Kata orang ia acara tahunan. Jadi jadual Tok Ram (Ramli) agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.

"Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah anak saudara, Aqil yang sering bersama kami pun sudah faham. Apabila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap 'uncle' sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan buat panggilan video. Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama memberi komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki," katanya.

Dalam masa sama, Alyah juga terharu apabila lagu Thank You Allah kekal menjadi pilihan pendengar daripada pelbagai peringkat usia.

"Rasa bersyukur sangat pada usia 40 tahun begini, dari kanak-kanak sehingga orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya.

"Terkejut juga saya sebab saya bukanlah penyanyi 'viral'. Tapi bagi saya itu rahmat paling besar daripada Allah SWT. Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu itu cepat menangkap halwa telinga pendengar," katanya yang bakal melancarkan single baru awal tahun hadapan.



ALYAH bersama pengasas, Erna Elliyana Rosli.

Terdahulu, Alyah ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta dan memeterai perjanjian bersama jenama Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor.

Menurut Alyah, pemilihannya itu sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan diusahakan bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Dalam masa sama, Alyah juga percaya semua orang sukakan kecantikan. Oleh itu, kandungan ekstrak dan organik yang baik dalam produk itu dapat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam, jeragat, jerawat, parut hitam dan sebagainya.


DARI kiri, penyanyi Nita Hamzah, jurusolek Bosco, Erna, Alyah, Ayu Damit dan Da’i Syed.

Pada majlis sama turut Alyah turut melancarkan kempen Mencari Wajah Kamya yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk itu selama sebulan secara percuma.

Sebanyak 10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk jongkong emas atau 'gold bar, baucar membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Pulau Langkawi.

"Saya bersama pihak Kamya Glow turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program 'dropship' dan ejen yang sedia ada.

"Lebih menarik, terdapat promosi jualan akhir tahun pada bulan depan bersama pelbagai kejutan yang menanti pembeli," katanya.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/rap/2021/11/782675/alyah-tak-cemburu

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamya? Macam kamjad je
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
smlm kt gv ttbe nmpk tokram laga pipi dgn bunda kt bucu kamera. tgelak tgk…
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
datin ni asal gv je dia mula nk meragam..

btw selalu nmpk tok ram smrat hemsem cara org bermur. gv kali ni nmpk atok2 sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:39 PM | Show all posts
Fly_over replied at 29-11-2021 07:11 PM
smlm kt gv ttbe nmpk tokram laga pipi dgn bunda kt bucu kamera. tgelak tgk…

biasalah tu indonesians, kalau mesra memang cipika cipiki je

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 12:28 AM | Show all posts
motippp la ko nak cemburu dek laki tua kertu... kalau heols bukan pengarah muzik dah confirm orang ingat engko kahwin dengan kelindan lori je dik takpun drebar hospital pencen...

nek hettykeos dan nek finaz pun ada taste k... theyols pun cari pucuk2 muda macam aliff aziz sebabtu heols sentiasa dapat markah tinggi...

sheols ni punya iq berapa digit entah... takkan la laki rhoperr gitu ko hengat ada pompuan hengen sangat nak caras... baik caras aliff aziz tu haa atau aweera... paling rendah sekali kalau dah takde yang lain... si misai kontot menantu derhaka tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 29-11-2021 08:29 PM
datin ni asal gv je dia mula nk meragam..

btw selalu nmpk tok ram smrat hemsem cara org bermur. gv ...

Ye uols, dah melayut sangat tok ram season ni. Harap2 kekal sihat lah…. Tak berseri gv takde kalau takde tok ram. Lah sampai kesitu iols fikir
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok ram ni kalau tak da gv
apa income dia?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:48 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 30-11-2021 12:28 AM
motippp la ko nak cemburu dek laki tua kertu... kalau heols bukan pengarah muzik dah confirm orang i ...

tak pernah sehari aku tak gelak mengekek baca komen ko
nasib baik kat opis ni aku berdua je ketawa terkekeh2

misai kontot tu jadi bahan gelak artis2 juga
katanya masuk je dan off
lagi annoying tengok misai dia, rambut dia dan seluar ketat dia
huduh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-5-2022 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.078889 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list