CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1118|Reply: 15

[Tempatan] Polis kesan cubaan hidupkan semula kongsi gelap atas nama NGO

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Polis kesan cubaan hidupkan semula kongsi gelap atas nama NGO
Malinda Abdul Malik -
29 November 2021

SEBERANG PERAI – Kegiatan sekumpulan kongsi gelap dipercayai sedang merekrut ahli baharu dengan berselindung atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Seberang Jaya di sini terbongkar.

Pembongkaran itu selepas pihak polis menyerbu sebuah restoran mewah kelmarin.

Serbuan bermula jam 9.30 malam dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mengesyaki satu kumpulan kongsi gelap yang berselindung di sebalik sebuah NGO sedang menghidupkan kembali pengaruh mereka di utara tanah air termasuk Kedah dan Perlis.

Jelas beliau, kumpulan itu dikatakan menggunakan nama NGO bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Dalam serbuan itu, kita menahan 40 lelaki berusia lingkungan 22 hingga 56 tahun yang berasal dari negeri ini, Kedah serta Perlis.

“Ketika serbuan dilakukan, mereka (suspek) sedang mengadakan majlis sesi pengenalan dan pendaftaran ahli baharu.

“Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati lapan daripada lelaki yang ditahan mempunyai tatu kongsi gelap,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan itu, 56 buah telefon bimbit; dua bentuk cincin; seutas rantai serta sepasang subang yang mempunyai lambang kongsi gelap.

Mengulas lanjut Rahimi berkata, kesemua suspek kini direman untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 ( Kesalahan menganggotai pertubuhan yang menyalahi Undang-Undang ) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 09:35 AM | Show all posts
dah bertahun tahun tahu bahawa lambakan NGO, Yayasan, Pertubuhan ni semua, segelintirnya adalah untuk melindungi duit duit hasil jenayah...cuci duit....duit politician..dll
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:58 AM | Show all posts
MelahJanda replied at 29-11-2021 09:35 AM
dah bertahun tahun tahu bahawa lambakan NGO, Yayasan, Pertubuhan ni semua, segelintirnya adalah untu ...

byk sgt pertubuhan, ngo n yayasan skg
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau tgk la ngo bekap sape.. yg kenyangkan poket diorg..
Yang betul2 teraniaya dlm msia ni xpedulik pun..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah lama ke gangsters buat camtu kat malaysia ni siap dapat datoship lagi.  Takanlan pdrm tak suspect langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:10 AM | Show all posts
Samerosie replied at 29-11-2021 10:00 AM
Bukan dah lama ke gangsters buat camtu kat malaysia ni siap dapat datoship lagi.  Takanlan pdrm tak  ...

dorang pun dpt bekap dr geng2 'ngo' nie...xkan xtau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 10:11 AM | Show all posts
MelahJanda replied at 29-11-2021 09:35 AM
dah bertahun tahun tahu bahawa lambakan NGO, Yayasan, Pertubuhan ni semua, segelintirnya adalah untu ...

eeerrr btol tu melah...eh melah dh mkn pg belum nie
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kita pernah ada unit khas/elit utuk menangani 'kes2 seumpama ini'....STAFOG,STING,STAGG....tapi...bila
1 parti tu perintah.....unit khas/elit ni terus 'dibubarkan'.... atas sebab2 hanya mereka yg tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2021 10:23 AM | Show all posts
apa2 kes pun
bukan sehari dua PDRM kumpul bukti dan maklumat
itu sebab bila kerajaan PH 26 bulan alih2 ckp polis salah info ttg LTTE
mujur dah tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:57 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 29-11-2021 10:11 AM
eeerrr btol tu melah...eh melah dh mkn pg belum nie

dah le...roti sapu pinat bater
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:04 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 29-11-2021 10:10 AM
dorang pun dpt bekap dr geng2 'ngo' nie...xkan xtau

Khuenzzz......
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:01 PM | Show all posts
yang geng2 ayahanda tu kira kongsi gelap ka kongsi dalam gelap?

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:20 PM | Show all posts
tak paham laa kenapa mesti nak giler kuasa. knp mesti nak ada kongsi gelap terang bagai ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:27 PM | Show all posts
Cuci menyuci..duit  sumber dari mano la plak.
Paham2 je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayahnda bonda banglong bangkawasan bangkem.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts


  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066554 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list