CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1259|Reply: 6

[Dunia] Pereka fesyen Louis Vuitton (LV) mati kerana kanser. Umur baru 41 tahun

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Pereka fesyen LV meninggal dunia
November 29, 2021 @ 9:07am

PARIS: Pereka fesyen terkemuka Amerika Syarikat (AS), Virgil Abloh yang juga pengarah artistik koleksi pakaian lelaki jenama mewah Louis Vuitton, meninggal dunia pada usia 41 tahun semalam kerana kanser.

Perkara itu disahkan pemilik Louis Vuitton.

Abloh adalah warga kulit hitam AS pertama dilantik sebagai pengarah kreatif bagi firma fesyen Perancis itu.

Beliau menghasilkan pakaian jalanan seperti hoodie dan kasut ke pentas peragaan.

Sebagai seorang yang berwawasan dan berperikemanusiaan, kematian beliau ternyata mengejutkan dunia apabila ramai bintang termasuk pesaing dalam dunia fesyen memberi penghormatan terakhir kepadanya.

"Kami semua terkejut dengan berita sedih ini. Virgil bukan hanya seorang pereka genius, tetapi seorang yang berwawasan, juga seorang lelaki dengan jiwa yang baik dan kebijaksanaan," kata Ketua Eksekutif LVMH, Bernard Arnault dalam satu kenyataan.

"Keluarga LVMH bersama saya dalam detik kesedihan ini dan kami mengingati insan tersayang selepas kematian seperti suami, ayah, abang dan rakan-rakan," tambahnya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Twitter LVMH.

Menurut syarikat fesyen itu, Abloh bertarung dengan kanser secara bersendirian selama beberapa tahun.

Abloh dilantik sebagai pengarah artistik koleksi pakaian lelaki Louis Vuitton pada 2018.

Ibubapanya berhijrah ke AS dari Ghana.

LVMH pada tahun ini mengumumkan pihaknya mengambil majoriti saham pakaian jalanan mewah jenama Off-White yang diasaskan Abloh.

LVMH menguasai 60 peratus, manakala Abloh kekal memegang 40 peratus.

Abloh prihatin terhadap isu alam sekitar dan sosial ketika bekerja dengan Louis Vuitton, menerusi mesej antiperkauman dan antihomofobio sewaktu persembahan fesyen di Paris pada Januari lalu.

Ketika masih hidup, Abloh meluahkan hasratnya apabila beliau merancang untuk menggunakan kerjasama dengan LVMH bagi mengembangkan lagi peluang dalam kalangan pelbagai individu serta memperluas kesaksamaan serta inklusiviti dalam industri terbabit.

Antara yang berkongsi kesedihan adalah Kim Jones yang juga pengarah pakaian lelaki Dior.

"Sedih sekali mengetahui kematian Virgil, seorang yang amat baik pernah anda jumpa," katanya.

Pesaing dari syarikat fesyen Itali, Gucci menghargai Abloh yang memberi inspirasi kepada semua pereka dan individu.

"Kematian beliau akan diingati menerusi visi yang akan hidup sepanjang perjalanan kerjayanya yang hebat," kata Gucci menerusi Twitter. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 09:29 AM | Show all posts
masuk api neraka ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:17 AM | Show all posts

hahaahhahahahaahahha
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerbasics at 29-11-2021 10:25 AM
ifanonline replied at 29-11-2021 09:29 AM
masuk api neraka ni


Kalau Sempat dapat hidayah sebelum matinya...kita tak boleh nak tahu ipan....rekaannya selepas ini, at least for the next few mths...mesti kababoom permintaannya....

Jom kita head ke Paris.......kita borong utk buah hati kita...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:25 AM | Show all posts
ada offer tak elbi sempena kematian dia?
buy 1 free 1

rip gitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 10:47 AM | Show all posts
rekaan yg terakhir tu boleh dianggap Limited Edition
harga boleh kasi UP lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 02:01 PM | Show all posts
Pasti koleksi terakhir bakal jadi rebutan tambah dah nak Xmas ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060137 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list