DAR ES SALAAM, TANZANIA: Dar Es Salaam (Tanzania): Tiga beradik maut selepas makan daging penyu di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania, lapor agensi media Xinhua.
Komander polis wilayah Pemba Utara, Juma Sadi, berkata, seramai 22 yang lain juga dimasukkan ke hospital selepas mereka memakan daging penyu semalam.
Dua daripada yang dimasukkan ke hospital adalah kanak-kanak dan mereka berada dalam keadaan kritikal," kata Sadi sambil menambah daging penyu itu disyaki mempunyai racun.
Pegawai polis itu berkata, sampel daging penyu itu sudah dihantar kepada pihak berkaitan untuk diuji. Terdapat insiden orang mati selepas makan daging penyu di Pulau Pemba, sebelum ini. - BERNAMA