CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 7

[Dunia] Banduan jadi jutawan lepas keluar penjara Missouri. 43 tahun dipenjara atas tuduhan yg tidak dilakukannya

[Copy link]
Post time 29-11-2021 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Seorang banduan menjadi jutawan selepas keluar penjara
November 28, 2021 7:00 pm

Seorang banduan menjadi jutawan selepas keluar penjara. Lebih 200,000 orang awam telah mendermakan wang menerusi kutipan dana online bagi membantu banduan, Kevin Strickland yang dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 43 tahun atas tiga tuduhan membunuh yang tidak dilakukannya, lapor akhbar New York Times kelmarin.

Strickland, 62, meninggalkan penjara Missouri Selasa lalu dalam keadaan papa kedana, namun menerima sumbangan berjumlah lebih AS$1.3 juta (RM5.51 juta). Dana tersebut bagi membantu lelaki itu untuk memulakan kehidupan baharu.

“Mahkamah telah ‘menggagalkan’ saya dan mereka patut cuba untuk menjadikan kehidupan saya lebih selesa.

“Saya amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh orang ramai bagi membantu saya menyesuaikan diri dengan masyarakat,” kata Strickland.

Pengumpulan dana online yang dianjurkan menerusi kempen Midwest Innocence Project itu adalah hasil buah fikiran salah seorang peguamnya, Tricia Rojo Bushnell.

Bushnell berkata, dia biasa mengumpulkan dana untuk anak guamnya yang baru dibebaskan, namun jumlah yang diperoleh untuk Strickland adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Saya fikir ia memberikan kami harapan. Masyarakat bertindak untuk menghulurkan bantuan dan ia cukup menakjubkan,” kata Bushnell.

Tambahnya, Strickland akan menerima kesemua wang tersebut sebaik sahaja dia membuka akaun bank.

The Midwest Innocence Project juga akan menyediakan penasihat kewangan untuk membantu lelaki itu menstrukturkan wang yang diterima dan menentukan cara dia mahu membelanjakannya.

Strickland pada tahun 1979 telah disabit atas tiga pertuduhan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol selama 50 tahun dan dua hukuman penjara selama 10 tahun yang berjalan serentak.

Strickland dituduh membunuh Sherrie Black, 22, Larry Ingram, 21 dan John Walker, 20 pada 25 April 1978.

Dalam pembebasannya Selasa lalu, Hakim dari Mahkamah Rayuan Daerah Barat Missouri, James Welsh mengatakan bahawa Strickland telah didapati bersalah walaupun kekurangan bukti fizikal yang mengaitkannya dengan lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang disabitkan dalam pembunuhan itu berkata, Strickland tidak terlibat dalam jenayah tersebut sebelum menarik balik keterangannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 09:54 AM | Show all posts
shawshank redemption
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:00 AM | Show all posts
siapalah pembunuh sebenar.. kesian dia menjalani hidup dlm dunia terkurung, terpisah dari keluarga dan dunia luar bukan sesuatu yg mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:03 AM | Show all posts
weols kena pkp lockdown pun meroyan, cane la kena penjara atas tuduhan dan bukan kesalahan sendiri selama 43 tahun.. aigooo
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Apo lama bonar baru nak cakap dia tak buat? Nasib la tak mati ke apa dalam tp keluar je culture shock pulak negara dah modern
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:09 AM | Show all posts
Yang pasti xde lagi kereta terbang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 01:29 PM | Show all posts
jadi modal untuk geng2 anti capital punishment.

harap pakcilk ni tak beli lamborghini lah dapat duit selepuk macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:42 PM | Show all posts
mesti ramai acik2 kat sana yg dah tak sabar nak bersuamikan strickland ni supaya akan turut mendapat bahagian dari duit tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.086672 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list