CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 357|Reply: 6

[Tempatan] 74,472 calon mohon masuk MRSM. Kekosongan Tingkatan 1(satu) - 7,783 tempat, Tingkatan 4(empat) - 2,426 tempat

[Copy link]
Post time 28-11-2021 11:48 PM | Show all posts |Read mode
74,472 calon mohon masuk MRSM boleh semak kelayakan duduki ujian khas
    Oleh MOHD RAFIE AZIMI
    28 November 2021, 4:40 pm

PADANG TERAP: Seramai 74,472 calon yang memohon memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi 2022 boleh menyemak kelayakan untuk menduduki ujian khas sebelum dipilih memasuki sekolah berasrama tersebut bermula 29 November 2021

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesi ujian khas tersebut melibatkan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi Tingkatan Satu dan Empat tahun 2022.

Menurutnya, ujian khas itu akan bermula pada 3 Disember ini bagi calon yang berada di negeri Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu, manakala bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.

Katanya, Mara menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke tingkatan 1 dan 17,350 permohonan ke tingkatan 4 bagi tahun 2022.

“Mereka ini akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat sehingga 30 Januari 2022.

“Semakan tarikh, masa dan tempat ujian ini boleh disemak secara dalam talian bermula 29 November 2021 pada pukul 10 pagi melalui Portal Rasmi Mara,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Buku dan Topi Keledar Sumbangan Yayasan Perintis Malaysia di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap di Kuala Nerang di sini hari ini.

Menurut Mahdzir, pemohon akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mail  yang telah didaftarkan semasa permohonan.

“Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Menurut Mahdzir, calon yang terlibat  menduduki ujian khas tersebut di 61 buah pusat ujian terpilih yang melibatkan 53 buah MRSM di seluruh negara.

Tambahnya, ujian khas itu juga diadakan di lapan buah Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain di Selangor dan Negeri Sembilan.

Jelasnya, calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.

“Saya mohon semua calon bersedia dan membuat persiapan yang lengkap menjelang hari peperiksaan dan mendoakan ujian ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Sebarang maklumat serta informasi terkini, sila layari portal rasmi Mara di pautan www.mara.gov.my atau mengikuti laman media sosial rasmi Mara melalui Facebook, Instagram dan Twitter. -UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn iols dulu tak tahu berapa ramai yg mohon. Lepas pmr esoknya gi ujian kelayakan.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
byk nak masuk mrsm jadi rasanya x perlu risau pun pasal kekurangan pelajar aliran sains kat negara kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nsb baik msk sini mlm ni .jd esok boleh la check..harap2 jgn sama hari exam kat sekolah.. payah gak nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:11 AM | Show all posts
iols pun apply utk anak walaupun x berharap sbb bkn B40. anyway mrsm now not as good as it used to be, so tak dapat pun In Sha Allah ok. Cuba nasib je
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 28-11-2021 04:19 PM

Mmy nephew dapat permata school register awal 12 if not mistaken
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp la exam buat waktu cuti sekolah.
Kalau parents jenis masa ni nak balik kampung....nak cuti2... Yg sabah sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 69192 Replies : 1922
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 48359 Replies : 1074
[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
ipes2[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
Views : 45138 Replies : 503
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29736 Replies : 507
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 50280 Replies : 337
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 26 Replies : 17
Brand New Massage Chair Kerusi Urut Healthcare Zero Gravity Space Capsule
冷寂雨-紫雨Brand New Massage Chair Kerusi Urut Heal
Views : 20871 Replies : 627
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 1285 Replies : 31
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9668 Replies : 562



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-1-2022 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.084851 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list