CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 0

[Perlis] Pelukis Perlis cipta sejarah bina replika telaga bunga emas

[Copy link]
Post time 28-11-2021 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Pelukis Perlis cipta sejarah bina replika telaga bunga emas
| | 28 November 2021


Persatuan Pelukis Negeri Perlis (PPNPs) mencipta sejarah tersendiri apabila membina sebuah replika Telaga Bunga Emas yang menjadi simbolik kepada wujudnya nama Kampung Bunga Emas di Simpang Empat dekat sini. - Foto Bernama


ARAU - Persatuan Pelukis Negeri Perlis (PPNPs) mencipta sejarah tersendiri apabila membina sebuah replika Telaga Bunga Emas yang menjadi simbolik kepada wujudnya nama Kampung Bunga Emas di Simpang Empat dekat sini.


Pengerusi PPNPs Yaakob Abd Aziz berkata, proses pembinaan telaga itu mengambil masa 15 hari yang turut dibantu penduduk kampung dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Balai Seni Negara dan Persatuan Pelukis Semalaysia.


“Kampung Bunga Emas ini adalah sebuah kampung yang menghasilkan bunga emas atau ufti untuk kerajaan Thailand suatu ketika dahulu.


“Lokasi asal telaga bunga emas ini sebenarnya tidak jauh dari (lokasi) replika dibina (kira-kira 100 meter) namun ia telah lenyap akibat pembangunan, jadi kita nak kekalkan sejarah dan kita buat semula telaga (itu) di sini,” katanya kepada Bernama pada Program Seni Bersama Komuniti: Rural Art Experience 2020/2021 dekat sini, hari ini.


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program tersebut dan turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Menurut Yaakob, seramai 50 pelukis dari dalam dan luar Perlis hadir pada program yang berlangsung sejak Sabtu dengan pelbagai aktiviti melukis dan gotong-royong diadakan bersama penduduk setempat.


Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, aktivis seni tidak harus mengasingkan diri dengan berkarya di dalam studio atau galeri tertutup, sebaliknya perlu lebih terbuka dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan.


Baginda bertitah, karya seni juga perlu dipamerkan kepada masyarakat dalam ruang yang lebih terbuka dan mudah untuk didekati. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-telaga-bunga-emas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.060143 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list