CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 279|Reply: 2

[Kedah] Wabak JE di daerah Kota Setar

[Copy link]
Post time 28-11-2021 11:41 PM | Show all posts |Read mode
Wabak JE di daerah Kota Setar

Noorazura Abdul Rahman - November 28, 2021 @ 11:13pmbhnews@bh.com.my




- Hiasan



ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah mengisytiharkan wabak Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar selepas mengesan dua kes jangkitan penyakit itu bulan ini.



Pengarahnya, Dr Othman Warijo, berkata kes pertama dilaporkan pada 18 November lalu disusuli kes kedua pada 25 November dengan kedua-dua mangsa meninggal dunia.



"Sehingga Khamis lalu, jumlah kumulatif kes JE yang dilaporkan di Kedah pada tahun ini adalah 10 kes berbanding 8 kes pada tempoh sama tahun lalu, peningkatan 25 peratus.



"Tiga daripada 10 kes meninggal dunia," katanya dalam kenyataan malam ini.



Dr Othman berkata aktiviti kawalan wabak dilaksanakan serta-merta oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan Jabatan Kesihatan Negeri



Katanya, antara tindakan itu adalah kawalan vektor menerusi semburan ruang termal dan larvasiding di lokaliti kediaman pesakit dan tempat berisiko di lokaliti wabak.



"Pegawai Sains Kaji Serangga juga melakukan kajian entomologi di lokaliti wabak dan pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan terbabit.



"Bagi mencegah penularan penyakit JE, masyarakat diseru supaya mengelakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan racun menghalau nyamuk serta memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah apabila berada di luar rumah," jelas beliau.



Katanya tindakan menyembur semburan di dalam rumah pada jam 10 malam boleh dilakukan bagi membunuh nyamuk dewasa.



"Orang ramai juga perlu membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kediaman masing-masing," katanya.



Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit kepala dan muntah.








Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin bertambah bala. Covid pun tak hilang lagi dan ada pulak yg baru.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:31 AM | Show all posts
masa kecik dlu dh bising psl JE ni around 1998-1999 or lbh kurang gtu lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 08:33 PM GMT+8 , Processed in 7.016621 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list