CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 600|Reply: 9

[Tempatan] Sistem JPJ kuno – Menteri Pengangkutan

  [Copy link]
Post time 28-11-2021 11:23 PM | Show all posts |Read mode


Ka Siong membuat lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ Johor, hari ini.

Sistem JPJ kuno – Menteri Pengangkutan

JOHOR BAHRU – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menegur Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor agar memantau kesesakan yang berlaku di ibu pejabat jabatan tersebut khususnya pada hari Ahad.

Ka Siong berkata, pihaknya berasa sedih dan terkilan melihat orang ramai membuang masa dengan beratur panjang dan berjemur di bawah panas matahari.

“Secara terus terang, saya sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai masih beratur panjang di sekeliling bangunan JPJ Johor. Saya terus menyiasat punca yang menyebabkan ‘queue’ yang panjang.

“Ada yang memberitahu saya bahawa Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak dapat diperbaharui di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pos selain ada yang mempersoal sistem MySikap yang transaksinya dibuat secara dalam talian, namun masih lagi perlu hadir ke JPJ untuk urusan percetakan.

“Selain itu, daripada 4 mesin cetak LMM yang dibekal Percetakan Keselamatan Nasional (PKN), hanya dua mesin sahaja yang berfungsi di Pejabat JPJ Johor ini.

“Perkara ini amat mengecewakan dan saya terus menghubungi serta mengarahkan PKN segera membaiki atau menghantar mesin cetak LMM,” katanya dalam laman Facebook miliknya selepas melakukan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ Johor, di sini hari ini.

Tambah beliau, sistem perkhidmatan kaunter JPJ yang sedia ada yang telah berusia lebih 10 tahun terlalu kuno dan perlu dimodenkan selari dengan era digitalisasi. -K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... nteri-pengangkutan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 11:25 PM | Show all posts
Takat sembang je tak jadi apa. Bagilah peruntukan upgrade sistem/beli mesin baru.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berurusan dengan jpj jb mmg lah..kerusi bersusun siap pusing bangunn, lepas kalau urusan berbeza di blok bangunan berbeza. Masa PKP tu,no giliran di beri oleh guard Kat pintu pagar ada had setiap Hari .
Setakat buat roadtax kenderaan persendirian tu ,jpj ada sediakan Mesin tetapi mesin tu dalam opis dia Dan di buka opis hours. .ala kalu tiap kenderaan kena ada insurance ..masukkan lh roadtax tu dlm insurance . Ini je dah kurang berapa % urusan kaunter .lesen memandu persendirian yg auto renew je info tu dlm my kad ,pilih lah cara efficient nk kutip cukai pun.
Kat tempat Kami pun urusan kaunter jpj ..mula 2 beratur Kat pagar,lepas tu masuk setiap 5 pelanggan dok Kat kerusi dlm pagar.. lepas Kat kaunter dah kurang ,yg dok Kat kerusi (tidak berbumbung) beralih tunggu bawah khemah yg berjarak dlm 80 meter dari tempat guard tu. Sini tunggu giliran urusan kaunter yg mana 2-4 kaunter je ber operasi..mesin tu entah bila nak guna.. selalu down.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sistem jpj ni mmg mundur. Nak renew lesen ada option online tapi kesudahannya disuruh kita pergi kaunter untuk ambil gambar. Tak ada masa aku nak book slot kat jpj tu. Last-last aku renew kat pejabat pos. Dia pergi copy gambar dari IC. Masa ambil gambar tukar IC,JPN tak simpan gambar dalam server ke? Kalau simpan, JPJ patut boleh retrieve terus dari sistem JPN. Atau sistem JPJ ni tak boleh buat? Apa keperluan perlu gambar dlm lesen memandu sedangkan kita sudah ada mykad sebagai identity card? Zaman dah masuk 5G, benda ni semua patut boleh check online waktu penguatkuasaan. Bagi mykad aje semua boleh trace.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:25 AM | Show all posts
ya betul ketua mereka tiada visi...nak maintain benda sama shj dari dulu..play safe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:41 AM | Show all posts
biar lah sistem kuno, janji masyuk.....

benda yg paling x paham, mysikap tu la...register online tapi tetap kena pegi opis jpj
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts


US DMV = M'sia JPJ.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa pkp nak renew lesen punya la payah
P.pos x beh buat
Thru myeg my sikap segala tok nenek tu x boleh sbb gambar xde
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:16 AM | Show all posts
JPJ Melaka pun sama cam hamlau.. kau buat pekeliling tampal kat meja kepam kat ofis tu ko ingat orang yang berurusan setahun sekali ni sempat baca ker.. pastu boleh tukar2 SOP suka2 semalam boleh buat cara gini alih2 datang hari ni dah cara lain pulak.. aku gmasa tu buat urusan pasam kereta syarikat.. aku terus call je JPJ HQ Putrajaya, apa lagi Putrajaya call Melaka hambek kau.. sampai nama aku aku naik le, lantak la janji urusan aku selesai.. yang senang JPJ Seremban tak loghat pun tapi tak tau la sekarang kadang2 pengarah negeri ni yang lebih sudu dari kuah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:24 AM | Show all posts
anak-anak jpj tak menjadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2022 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.096518 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list