CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2087|Reply: 10

‘Tong-tong beli followers, kau separuh, aku separuh’

  [Copy link]
Post time 28-11-2021 11:20 PM | Show all posts |Read mode

DUA aktor besar tanah air, Amerul dan Zahiril Adzim, merupakan antara pelakon yang memiliki kurang sejuta pengikut Instagram.

‘Tong-tong beli followers, kau separuh, aku separuh’

PETALING JAYA – “Oleh itu, marilah ‘tong-tong’ (kongsi) beli followers, mungkin di Shopee ada jual. Kau separuh, aku separuh.”

Demikian luahan kata berbaur sinikal pelakon Zahiril Adzim atau nama lengkapnya, Muhammad Zahiril Adzim, 37, tentang isu yang sentiasa berbolak-balik iaitu penerbit atau stesen televisyen (TV) tempatan yang terlalu obses dengan jumlah pengikut media sosial sebagai pelaris drama.

Komen tersebut ditinggalkan Zahiril dalam satu lagi luahan rasa kecewa yang pada asalnya ditulis pelakon, Amerul Affendi menerusi Instagram.

Amerul yang pernah menggondol trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia 2015 tampil mempersoalkan sikap kebanyakan penerbit drama tempatan yang terlalu memandang tinggi pelakon utama sesebuah naskhah dengan kekuatan jumlah pengikut media sosial.

“Selagi ada produser yang ikut sahaja kehendak stesen TV, selagi itulah kau kena cari hero atau heroin dengan sejuta pengikut.

“Bukan salah stesen TV sahaja. Salahkan kipas,” getusnya dalam satu muat naik status Instagram.

Tambah Amerul atau nama sebenarnya, Amerul Affendi Mohd. Mawardi, dia sangat menghargai tindakan seorang rakan dalam industri yang membuat pendedahan berkenaan isu terbabit.

“Terbaca status seorang kawan dalam industri yang selalu buat (kerja) production manager.

“Terima kasih kerana turut bersuara. Tiba-tiba teringat dialog Adi dalam filem One Two Jaga, ‘kalau bukan kita ada je orang lain yang buat’.

“Tapi dalam dunia realiti, ramai akan guna alasan ini iaitu nak ‘survive’ (demi hidup),” kata Amerul, 35.

Terdahulu, pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan dirinya ‘digugurkan’ daripada satu projek drama kerana tampil bersuara berkenaan amalan penerbit atau stesen TV tempatan yang mengutamakan penglibatan individu popular dalam media sosial namun kurang berkualiti dari segi lakonan. – K! ONLINE

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... eparuh-aku-separuh/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 12:53 AM | Show all posts
sejujurnya aku sendiri dah lama x tgk drama / movie melayu
sungguh tak tertarik nk tgk
yang dekat netflix on aku tak terpanggil untuk klik
apatah lagi yang disiarkan time raya

maafkan aku sbb x support industri seni negara
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:32 AM | Show all posts
diorg mmg pelakon berbakat tp tulah nyampah dgn industri
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:46 AM | Show all posts
gekkou replied at 29-11-2021 12:53 AM
sejujurnya aku sendiri dah lama x tgk drama / movie melayu
sungguh tak tertarik nk tgk
yang dekat ne ...

hahaha i second u. lama btol x tengok drama melayu. tak tau laa ape citer skrg. dah maju ke belum. ke masih lagi anak papa megah holding
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:01 PM | Show all posts
why bother nok
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rase nak tgok pon...cite lebih kurang je...artis yg selalu komplen pasal follower sikit tu buat la sesuatu tarik org nak follow..tak semestinya gimik bodo....takkan tahun ni komplen folower sikit tahun depan pon komplen bende yg sama.....org biasa buat ig live bela kucing pon folower juta2....nak tak nak kena ikot la cara sekarang...takkan nak tunggu je....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahiril bukak la akaun OnlyFans..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena fikir strategi le camner nak tarik ramai polower. Jangan le asyik kuar cerita yg sama. Merungut tak habis2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2021 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gile lama ak x tgk cite melayu... Klu cite da follow cite Korea baik ak tgk cite Korea je
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni thread bila chuolsss...
Adalah beli je la followers, dalam 4k dah dapat sejuta.... Likes dan komen sikit macam si awalina yang hujung2 jual sambal tu lantak la. Janji dapat job
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Amirul jadi hantu dlm jgn ganggu jodohku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.088212 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list