CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Sukar terima kailan ikan masin seorang makan RM18'

[Copy link]
Post time 28-11-2021 11:09 PM | Show all posts |Read mode
'Sukar terima kailan ikan masin seorang makan RM18'

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 28, 2021 @ 8:40pmbhnews@bh.com.my



Hantaran yang tular dalam media sosial.



KEPALA BATAS: Media sosial sekali lagi kecoh dengan isu makanan dijual pada harga 'cekik darah', apabila tular hantaran mendakwa sebungkus kailan ikan masin saiz hidangan seorang makan, dikenakan bayaran RM18.



Hantaran itu yang dipercayai dimuat naik oleh seorang pelanggan sebuah restoran, di sini, turut memaparkan sekeping resit menunjukkan jumlah harga keseluruhan makanan dibeli.



Tanpa mendedahkan nama restoran berkenaan, resit berjumlah RM122 itu menunjukkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9), serta ulam dan sambal (RM5).



Dalam hantaran itu, individu berkenaan mendakwa sedia maklum dengan kenaikan harga bahan mentah, justeru menerima dengan reda harga lauk ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal dibeli dari restoran terbabit.



"Tapi kailan ikan masin yang sikit, boleh makan untuk seorang saja berharga RM18, memang sukar untuk diterima," katanya dalam hantaran itu.



Sementara itu, jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang berkata, pihaknya meminta pelanggan terbabit tampil membuat aduan rasmi untuk tindakan lanjut.



"Kita sudah ambil maklum akan hantaran yang tular itu dan sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan nama premis terbabit," katanya.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 11:35 PM | Show all posts
Xpaham apa point nk ulang viral rega mknan kt kedai lately. Hgpa ada duit ka tadak benaqnya nk mkn luaq?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056582 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list