CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 0

[Tempatan] PRN Sarawak. GPS dijangka mampu sapu semua 82 kerusi DUN

[Copy link]
Post time 28-11-2021 10:34 PM | Show all posts |Read mode
GPS mampu menang 82 kerusi jika bergerak dalam satu pasukan - Abang Jo
Diterbitkan:  Nov 28, 2021 10:23 PM

Dikemaskini: 10:23 PM

PRN SARAWAK | Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, 18 Dis depan, kata Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga ketua menteri Sarawak berkata perkara itu boleh dicapai sekiranya gabungan parti itu bergerak dalam satu pasukan.

“Jika kita berjuang di medan perang (pilihan raya) dengan satu semangat dan satu pasukan, kita boleh sapu semua 82 kerusi,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran jentera GPS bagi PRN Sarawak di Kuching, malam ini.

Abang Johari berkata jentera GPS harus membawa mesej untuk membantu rakyat semasa keluar berkempen dalam PRN ke-12 itu, kelak.

“Kita keluar dan terus berjuang demi Sarawak. Sama-sama kita bergerak dengan satu nada, satu irama dan satu lagu. Ini tanggungjawab kita semua,” katanya.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini berkata GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak pada PRN akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak pada 6 Dis, pengundian awal pada 14 Dis dan hari pengundian pada 18 Dis.

- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.063829 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list