CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 6

[Politik] 2 ADUN PN kekal sokong kerajaan BN di Melaka, kata Peja

[Copy link]
Post time 28-11-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Mohd Aleef Yusof mewakili Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban kekal sebagai ADUN biasa.

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) yang menang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka tetap memberi sokongan terhadap kerajaan negeri, kata Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, dua wakil rakyat itu Mohd Aleef Yusof mewakili Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban kekal sebagai ADUN biasa.

Katanya, walaupun tidak berada dalam barisan kerajaan, kedua-dua wakil rakyat itu akan tetap memberi sokongan dan suara khususnya dalam pelaksanaan dasar kerajaan negeri.


“Mereka ADUN biasa, tetapi sebagai wakil rakyat mereka ada tanggungjawab untuk bersuara bagi rakyat Melaka.

“Dasar yang baik, perlu beri sokongan, juga bersuara jika ada perkara tidak baik yang burukkan kerajaan negeri,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Faizal turut menasihatkan kedua-dua ADUN berkenaan melunaskan amanah dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata, PN memberi jaminan untuk terus memberikan kerjasama sebaiknya kepada kerajaan baharu Melaka diterajui Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat.

Katanya, pada masa ini, semua ADUN yang menang pada pilihan raya itu perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan berbanding perbalahan politik.

“Tak perlu bergaduh dengan sesiapa. Hentikan politiking. Kerajaan Melaka telah ditubuhkan, keputusan juga sudah dibuat.

“Kita boleh beri kerjasama demi kepentingan rakyat, itu yang lebih penting,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua ADUN Bersatu itu dikatakan tidak bersedia untuk duduk di kerusi pembangkang bersama lima lagi ADUN Pakatan Harapan (PH) selepas BN menang PRN Melaka.

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, yang mengulas perkara itu berkata, tidak ada keperluan untuk membawa bersama dua wakil rakyat PN dalam pembentukan kerajaan Melaka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 08:35 PM | Show all posts
makin panas hati DAP

takleh nak hasut melayu dah

kami berlawan time PRN/PRU je

lepas tu kamceng balik

hahahaha

sampai bila2 la DAP takkan dapat merasa jadi KERAjaan lagi hahahahhaa

padam muka

HIDUP MELAYU!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:49 PM | Show all posts
Muka tak malu bersatu ni, org taknak ko terhegehh2
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:52 PM | Show all posts
Dgn dua2 pihak bergaduhh, pegii belah mana pun mmg akan memalukanb diri sendiri jah. Mayatt teraponggg22 di tgh2 org kata
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersatu ni dh mcm hidung x mancung pipi tersorong2 time ada kuasa x nak setel kes2 kleptokrat cpt2, skrg suma sdh terlmbt.....nxt pru tgok gaya terus berkubur
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti minoriti dalam coalition, tapi kuasa, jawatan, semua nak bolot, mana kawan tu tak meghadang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2021 09:31 PM | Show all posts
Malu jah sampai umno kata takde keperluan utk ambik dua ekor tu dlm kjaan melaka. Itulahhh, org takakk ni selalu rugiii, mcm anjing dgn bayang2. Dulu dah jd kjaan gegeh presiden gelap mata bila dioffer jawatan pm terus betrayed coalition yg menang pru. Dah dpt kjaan dgn geng haru siap pakej pm sekali masihh tak cukupp lagiiii, dia came up dgn scheme of things pulakk demii utk jd lebihh berkuasa n dpt sokongan, yg dia nak lawan tu sama2 jahatt mcm dia jugakk ofcoz satu menang satu kalahh, ujung2 yg dikendong berciciran yg dikejRr tak dapatttt.Padann muka abahcoww pm baling bangsatttt!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.067171 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list