JIka anda ada barang baru atau terpakai yang ingin didagangkan (barter trade) atau jual, boleh masuk sini : [url]https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=815[/url]

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 56|Reply: 0

[Sarawak] Pemandu lori perlu ada pengetahuan dalam bidang elektrik

[Copy link]
Post time 28-11-2021 07:53 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Pengetahuan dan pendidikan mengenai keselamatan kesedaran elektrik adalah amat penting bagi pemandu lori.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata, ia penting terutamanya kepada pemandu lori yang memandu kenderaan jarak jauh, penggerak utama, pemuat rendah dengan kontena bersaiz besar, lori dengan kren dan ‘backhoe’.

“Memang benar di Malaysia, kita tidak menerbitkan rekod statistik kecederaan dan kematian akibat renjatan elektrik akibat terkena permukaan elektrik atau talian kuasa atas.

“Tetapi, saya percaya dari sudut pengangkutan, penggunaan peralatan dan kenderaan seperti kren yang berdekatan dengan talian atas boleh menjadi punca kebimbangan dan boleh menyebabkan kecederaan dan kerosakan kepada pemandu dan kenderaan,” katanya dalam program mengenai “Kesedaran Keselamatan Elektrik Untuk Pemandu Lori” secara hibrid di Miri pada Jumaat.

Dalam pada itu, Lee menzahirkan rasa terima kasih kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) atas inisiatif mengadakan program kesedaran ini untuk membantu pemandu lori memahami bahaya talian elektrik atas, kabel elektrik atau komponen utiliti yang dijajarkan di bawah tanah.

“Kita semua di sini boleh memanfaatkan sesi mengenai Kesedaran Keselamatan Elektrik ini dan memberi perhatian yang teliti kepada apa yang boleh menyebabkan kecederaan disebabkan elektrik ini,” jelasnya.


sarawakvoice.com/2021/11/2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.111957 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list