CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 10

[Sarawak] Linut segera boleh dinikmati bila-bila masa

[Copy link]
Post time 28-11-2021 07:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sagu likat yang dikenali sebagai ambuyat atau linut merupakan antara makanan unik yang boleh didapati di kepulauan Borneo termasuk Sarawak.

Bertekstur seperti gam dan dimakan menggunakan penyepit kayu, dikenali sebagai atip bagi masyarakat Melanau, ia selalunya dimakan beramai-ramai ketika minum petang digaul dengan sambal belacan atau sayur midin dan keladi.

Dikenali juga sebagai Papeda di Indonesia, makanan itu yang dibuat menggunakan tepung sagu dan air panas bagaimanapun agak leceh disediakan kerana memerlukan teknik yang betul dan memakan masa.

Ini mencetuskan idea kepada seorang pensyarah kanan Dr Siti Mardinah Abdul Hamid untuk menghasilkan makanan popular bagi masyarakat Sabah, Sarawak, Brunei dan sesetengah kawasan di Indonesia itu dalam bentuk segera.

Pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan itu berkata, pada mulanya tidak mudah bagi beliau memasarkan produk itu memandangkan ia sesuatu yang baharu, namun hasil bantuan Centexs Commercial Media (CCM), beliau kini mampu mengeluarkan sehingga 1,000 paket sebulan.

“Sebelum berkenalan dengan mereka (CCM) dan tahu mereka adalah pengedar, memang agak susah kerana orang tidak tahu mengenai produk kami.

“Sekarang ramai dah tahu kewujudan produk ini dan tempahan yang diterima juga semakin meningkat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

CCM adalah sebuah organisasi yang diwujudkan kerajaan negeri bagi membantu usahawan tempatan Sarawak memasarkan produk warisan mereka.

Siti Mardinah berkata, CCM membantu dari segi pemasaran, pembungkusan dan reka bentuk jenama.

Jelasnya, sebelum ini produk yang diberi nama Laris’S Linut Segera yang hanya bermula sebagai hobi, dijual di Pasar Satok di sini, namun beliau sememangnya menyimpan hasrat untuk memperkenalkannya di peringkat lebih luas.

“Saya telah membuat kajian sejak 2013 lagi bagi menghasilkan linut segera supaya ia dapat dinikmati sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

“CCM membantu dari segi pemasaran, sebab pemasaran mereka lebih kukuh dan menjangkau pelanggan yang lebih ramai.

“Kini, saya dapat keluarkan produk ini dalam skala besar sebab dah ada pasaran,” katanya.

Walaupun kini masih beroperasi di rumah, Siti Mardinah berharap dengan bantuan CCM, permintaan akan lebih bertambah sehingga beliau mampu membuka kilang sendiri bagi meningkatkan jumlah pengeluaran bagi pasaran di luar Sarawak, seterusnya antarabangsa.

Setakat ini katanya, produknya boleh didapati melalui pusat-pusat jualan CCM di seluruh negeri ini secara fizikal atau dalam talian melalui platform e-dagang seperti Grabmart atau Pandamart.

Sementara itu, Pengurus Besar Centexs Commercial Shahren Yusri berkata, produk makanan tempatan Sarawak yang dipromosi mereka dijangka menembusi pasaran antarabangsa pada suku keempat 2022.

Beliau berkata, pihaknya perlu memastikan produk-produk warisan Sarawak yang ingin diketengahkan di pasaran luar itu nanti menepati setiap persijilan dan piawaian yang telah ditetapkan.

“Itulah hasrat kami sebenarnya bila ada satu kerjasama dengan pusat penyelidikan untuk membantu kami dalam mengenal pasti produk yang boleh diketengahkan dari segi contohnya sijil halal, terutamanya untuk pasaran tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga telah berjaya membawa produk-produk warisan bukan berasaskan makanan seperti kraf tangan, songket dan fesyen ke pasaran antarabangsa.

CCM yang ditubuhkan pada 2019 bertujuan memasarkan produk warisan dan produk berbentuk digital Sarawak hingga menjelang 2030 serta untuk membantu komuniti Sarawak terutama para usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka.

Selain mempamerkan produk-produk ini di Heritage Central Gallery, Heritage Café dan Galeri Songket Keringkam yang terletak di Kuching, entiti itu turut memasarkan produk warisan berkenaan di beberapa lokasi terpilih di seluruh Sarawak.

Menurut Shahren, pemasaran turut dilakukan di platform ‘marketplace’ terkemuka seperti Shopee, GrabMart dan PandaMart sebagai usaha memperluaskan pasaran berbentuk digital yang disertai seramai 280 usahawan dan menghasilkan produk mereka secara konsisten.

“Walaupun angka itu nampak sikit tapi tujuan utama sebenarnya adalah untuk membantu usahawan yang betul-betul menghasilkan produk dan secara konsisten. Itu yang kita mahu,” katanya. – Bernama


by Bernama
November 28, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2021 07:49 PM | Show all posts
wow semua dah ada segera

1st time buat memang tak menjadi
tapi kalo dah biasa memang terus jadi
siap ada pantang larang tak boleh bising2 masa gaul
just share how dorang buat



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 09:01 AM | Show all posts
Vellfire replied at 28-11-2021 07:49 PM
wow semua dah ada segera

1st time buat memang tak menjadi
cara FC mudah jer ... takde pantang larang

campur linut dengan air ... nisbah 1:3

1 bahagian linut ... 3 bahagian air ...

FC suka campur secubit garam ...

masuk dalam kuali ...on api ...

sentiasa gaul2 kan supaya sama rata masak nya ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 07:48 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-12-2021 01:01 AM
cara FC mudah jer ... takde pantang larang

campur linut dengan air ... nisbah 1:3

hehe  ada buat kat opis..ada gambar linut xjadi

3x gak tak jadi
tapi masa buat tu memang riuh satu opis
last2 panas kan baru jadi
bukan nak makan sangat pun
just nak buat xtvt opis jer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
biar betul ??

dia punya pasaran masih kat sarawak jer lah kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 08:18 PM | Show all posts
Kalo org sediakn & hidang,i tolong patuk ok. Nk cuba wat sendri mungkin tidak. Takut mbazir. Especially kalo cuba bkali2 masih xjd. Kalo org ada bjual kan best. Bole rasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2021 07:29 AM | Show all posts
Vellfire replied at 2-12-2021 07:48 PM
hehe  ada buat kat opis..ada gambar linut xjadi

3x gak tak jadi
memula dulu2 ... ikut cara susah tu la
mak tukang tuang air panas ...
kita tukang kacau2 gaul2 laju2 ...
huhuhu dari 10x ... haha rasa nya 8x tak menjadi

pastu FC cuba la masak terus kat stove ... 10x buat ... 10x menjadi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 07:34 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 2-12-2021 07:53 PM
biar betul ??

dia punya pasaran masih kat sarawak jer lah kan?
rasa nya lah ... sebab masih baru lagi...

senang la bagi yang meminati makanan ni ... sebab "sagu" nya pun payah nak dapat ... bukan semua tempat ada jual


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2021 12:31 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-12-2021 07:34 AM
rasa nya lah ... sebab masih baru lagi...

senang la bagi yang meminati makanan ni ... sebab "sagu" ...

FC ah pernah beli ke linut segera ni?

senang nak buat tak ?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 05:28 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 3-12-2021 12:31 PM
FC ah pernah beli ke linut segera ni?

senang nak buat tak ?
Blom pernah lagi ... takde kat dareah ni...
lagipun masih baru ...

tak perlu buat apa2 lagi kot ...
sebab dah tersedia untuk d makan terus ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-12-2021 05:28 PM
Blom pernah lagi ... takde kat dareah ni...
lagipun masih baru ...


oh macam tu ke
ingatkan dia dah ada dekat pasaran sarwak
kalau dah ada boleh minta FC buat tutorial nnt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.223103 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list