CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 589|Reply: 0

[Sarawak] Kedai kopi bergerak

[Copy link]
Post time 28-11-2021 07:44 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Minat pada senduhan cita rasa kopi, menjadi dorongan buat Mohd Hazwan Hassim membuka sebuah kedai kopi berkonsepkan Cafe bergerak ‘KopidanKamu’.

Menurut pemilik perniagaan minuman ‘KopidanKamu’ Mohd Hawzan Hassim dan rakan kongsinya, Nur Syazani Sidop, perniagaan itu merupakan inspirasi daripada kejayaan kedai kopi minimalis sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand.

“Pondok kopi kami ini berkonsepkan kopi bergerak kerana kami ingin memudahkan pelanggan menikmati kopi kami dengan menjualnya di belakang bonet kereta.

“Buat masa ini, perniagaan kami bertapak di Coco Cabana, Miri dan beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, dari 4.30 petang sehingga 6.30 petang,” katanya dalam kenyataan media.

Hazwan yang juga merupakan alumni program Tunas Usahawan siri pertama, anjuran Tunas Mekar UiTM Sarawak mengatakan, setiap seduhan kopi itu memberi kenikmatan seiring slogan “Sharing Story on every Brew”.

“Kami percaya kebahagiaan itu sederhana dan kopi dapat memberi seribu rasa dan cerita kepada peminatnya.

“Malah dengan kopi, seduhan yang kami sediakan menggunakan biji kopi segar dipanggang oleh pemanggang tempatan, memberi kenikmatan kepada penggemar kopi,” katanya.

Tambahnya lagi, antara kopi yang digunakan termasuk El Savador, Colombia, Ethiopia dan Indonesia.

“Antara menu yang kami sediakan ialah Americano (The Minimalist), Latte (The Classic), Salted Caramel Latte (The Sophiscated), Roasted Hazelnut Latte (The Honest) dan Mocha (The Young – at heart),” ujarnya lagi.

Sementara itu, Hazwan turut menzahirkan penghargaan atas anjuran program Tunas Usahawan siri pertama yang berjaya membuka mindanya untuk memulakan perniagaan.

“Walaupun dalam keadaan dilanda Covid-19, namun ia tidak menghalang kami memberikan tumpuan sepenuh masa menguruskan perniagaan.

“Pada masa yang sama, kami juga dapat menimba lebih banyak pengalaman khususnya dalam selok-belok bidang perniagaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Profesor Madya Dr Jati Kasuma selaku Felo Tunas Mekar dan juga pengasas Program Tunas Usahawan berkata, program tersebut disasarkan kepada bakal mahasiswa UiTM Sarawak dengan tujuan menyuntik semangat berniaga apabila mereka tamat pengajian kelak.

“Oleh itu, saya selalu wakil Tunas Mekar UiTM Sarawak berterima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Mintred) atas suntikan dana untuk pelaksanaan program tersebut,” katanya.


by Suaraswk
November 28, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.303530 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list