CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 28/11/2021

[Copy link]
Post time 28-11-2021 07:38 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 408 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 232,490 kes. Sebanyak dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu (1) kes di Kota Marudu dan Keningau. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 555 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 221,928 orang. Manakala 1,465 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 627 orang di hospital, 819 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 18 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 75 orang merangkumi 70 di ICU/repurposed kritikal care serta lima (5) di open ward (HDW/kubikel akut dan 25 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 47 (24.61%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Secara keseluruhan kes-kes di Sabah meneruskan trend menurun dengan jumlah kes baharu hari ini sebanyak 408 kes. Ini merupakan penurunan 30 kes berbanding jumlah kelmarin.

b. Kota Kinabalu kekal daerah yang mencatatkan jumlah kes baharu yang tertinggi di Negeri Sabah. Jumlah kes di Kota Kinabalu hari ini ialah 88, pertambahan 7 kes berbanding sebelumnya. Terdapat 12 kes baharu daripada Kluster Lautan Biru Pantai dan 10 kes yang melibatkan OKT.

c. Sebanyak 13 daerah mencatatkan penurunan dengan dua daripadanya menunjukkan penurunan dua angka iaitu Kota Belud -15 kes dan Beaufort -10 kes. Sebanyak 11 daerah pula mencatatkan peningkatan kes termasuk Tuaran yang mencatatkan peningkatan +12 kes. Tiga daerah kekal sebagaimana catatan semalam. Daerah Semporna, Kunak dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu (sifar).

d. Lebih 98% daripada 408 kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di PKRC sahaja. Tidak ada pesakit dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan dua orang dalam Kategori 5. Lima pesakit masih dalam penilaian lanjut JKNS.

e. Pengisytiharan Wilayah Persekutuan Labuan kembali kepada zon merah adalah satu peringatan kepada semua penduduk di Negeri Sabah bahawa trend jangkitan boleh bertukar sekelip mata sekiranya kita lalai dan alpa mematuhi SOP.

f. Jumlah kes yang melambung tinggi akan membantut dan melambatkan usaha kita kembali kepada kehidupan seharian yang hampir normal seperti sebelumnya. Pelbagai langkah dan kawalan terpaksa dilaksanakan semula bagi mengawal dan mengurangkan jangkitan daripada terus bertambah. Sikap kita sendiri lah yang menentukan sejauh mana dan secepat mana kita boleh kembali kepada kehidupan “normal”.

g. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (213) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.065319 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list