CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 658|Reply: 1

[Pulau Pinang] 9 kakitangan MBSP meninggal dunia akibat Covid-19 sejak Mac tahun lalu

[Copy link]
Post time 28-11-2021 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 28-11-2021 07:26 PM

9 kakitangan MBSP meninggal dunia akibat Covid-19 sejak Mac tahun lalu

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



ROZALI (dua dari kiri) berdoa semua pengorbanan yg dicurahkan warga MBSP mendapat keberkatan.


Bukit Mertajam: Seramai 391 kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) termasuk anggota penguat kuasa positif Covid-19 sejak wabak berkenaan menular pada Mac tahun lalu.



Pada masa sama, sembilan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut dilaporkan meninggal dunia angkara wabak berkenaan.



Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, sejak penularan Covid-19 pasukan penguat kuasa MBSP bersama barisan hadapan melakukan lebih 1.2 juta pemeriksaan ke premis bagi memantau prosedur operasi standard (SOP).



"Mereka bekerja melebihi kapasiti tugas harian mereka, berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19 dan kematian.



"Sepanjang tempoh itu dan sehingga Rabu lalu, seramai 391 orang dijangkiti Covid-19 manakala sembilan orang meninggal dunia," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Pasukan Beruniform MBSP di sini, hari ini.



Majlis berkenaan menghimpunkan semua jabatan penguatkuasaan yang terbabit iaitu Direktorat Penguatkuasaan, Bahagian Keselamatan dan Komuniti, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Perbendaharaan.



Dalam pada itu, Rozali berkata, jasa dan pengorbanan semua pegawai penguat kuasa MBSP adalah satu pengorbanan yang amat besar.



"Kesungguhan bekerja, tenaga dan kesanggupan melakukan tugas-tugas melebihi masa adalah suatu pengorbanan yang amat besar.



"Saya berdoa supaya semua pengorbanan yang dicurahkan ini mendapat keberkatan dan seterusnya menjadikannya sebagai satu ibadah," katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2021 @ 6:43pm


sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat opis sini pun ada juga yg tewas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.075079 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list