CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 0

[Kedah] Hampir 40 tahun, Gred 19 tak berubah

[Copy link]
Post time 28-11-2021 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Hampir 40 tahun, Gred 19 tak berubah
NURUL HIDAYAH HAMID | | 28 November 2021


Naib Presiden (Sektor Awam) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Ashman Mohd Nawawi (dua kiri) menyerahkan plak penghargaan kepada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat (tengah) pada penutupan Bengkel Pengurusan Pentadbiran AUEGCAS 2021 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Utara, di sini, pada Ahad.



SUNGAI PETANI - Skim perkhidmatan pembantu tadbir perlu ditambah baik melalui sistem saraan baharu berikutan ia masih kekal pada gred lantikan 19 sejak hampir 40 tahun lepas.


Naib Presiden (Sektor Awam) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Ashman Mohd Nawawi berkata, skim berkenaan dikhuatiri tidak pernah disemak semula sejak sekian lama.


Beliau mendapati syarat kelayakan lantikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk jawatan itu juga tidak berubah dan dan berharap ia disemak semula sesuai dengan peredaran masa.


"Syarat lantikan SPM perlu ditukar kepada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf.


"Kami harap kerajaan ambil maklum beban tugas pembantu tadbir yang berada di belakang tabir melakukan kerja seperti pembayaran gaji dan kenaikan pangkat ketika pandemik Covid-19 selain bekerja lebih masa tetapi tidak didendangkan," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel Pengurusan Pentadbiran AUEGCAS 2021 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Utara, di sini, pada Ahad.


Setiausaha Agung Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Kebangsaan, Amir Hamzah Yakat Ali berkata, pihaknya turut berharap skim perkhidmatan pembantu tadbir ditambah baik.


"Kami berharap gred dapat berubah iaitu kenaikan Gred 19 kepada Gred 29 kerana kelayakan masuk terdahulu SPM, namun penjawat sekarang memiliki taraf pendidikan lebih tinggi," katanya.


Beliau menambah, ada pembantu tadbir kini memiliki diploma, sarjana muda, sarjana sehingga doktor falsafah (PHD).


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan menaikkan gred jawatan kira-kira 180,000 pekerja gred 11 kepada gred 19 dan 230,000 pekerja Gred 19 kepada Gred 29.


"Sudah tiba masanya, kerajaan meningkatkan kepada gred 29 kerana skop tugas pembantu tadbir bukan sahaja sudah melangkaui fungsi tugas biasa yang diberi di bawah Gred 19 malah kini memikul tanggungjawab lebih besar," katanya.


Adnan memberitahu, selain itu mereka bukan hanya menerima arahan tetapi berkebolehan untuk mengurus dan merancang sistem penyampaian kerajaan supaya ia lebih berkesan.


"Gred paling rendah iaitu gred 11 perlu ditingkatkan kepada gred 19 manakala pekerja Gred 19 ditingkatkan kepada Gred 29. Jika tidak pendapatan mereka masih sama," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... Gred-19-tak-berubah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.064482 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list