CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 0

[Sabah] Lubang benam berlaku di Jalan Teluk Likas

[Copy link]
Post time 28-11-2021 04:28 PM | Show all posts |Read mode


BAHAYA: Lubang benam yang berlaku berukuran 10 kaki dalamnya.

KOTA KINABALU: Penduduk dan pengguna laluan di Jalan Teluk Likas kawasan terkejut apabila satu kejadian lubang benam berlaku pada jam 12.05 tengahari hari ini.

Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api Sim Fui yang mendapat aduan daripada penduduk berkenaan menjelaskan kejadian itu sangat membimbangkan.
"Selepas menerima aduan, saya bergegas ke lokasi kejadian, ia terletak di sebelah Dewan Maksak Likas.

"Diameter lubang benam berkenaan berkeluasan kira-kira 20 kaki dengan kedalaman hampir 10 kaki. Bagamanapun, nasib belum ada kemalangan berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga menjelaskan perkara itu sudah disampaikan kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan jabatan berkaitan akan segera bertindak untuk membaiki kerosakan itu.

"Semua pengguna laluan ini diharapkan berhati-hati ketika memandu," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/28

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.114740 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list