CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 1

[Sarawak] Tambah penerbangan Miri-Limbang-Miri

[Copy link]
Post time 28-11-2021 04:23 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Penduduk di kawasan utara negeri, khususnya di Limbang dan Lawas, hari ini menggesa Kerajaan Pusat untuk menambah kekerapan penerbangan dari Miri-Limbang-Miri.

Jumlah penerbangan sedia ada, iaitu tiga kali sehari tidak mencukupi bagi menampung keperluan rakyat di kawasan utara yang hanya bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan udara ketika ini, demikian menurut Pengerusi Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS), David Upe (gambar).

Katanya, situasi ketika ini amat sukar disebabkan sempadan negara antara Malaysia (Sungai Tujuh di Miri, Sarawak) dengan Brunei Darussalam masih ditutup berikutan pandemik COVID-19, sejak tahun lalu.

Ia yang menyaksikan rentas sempadan melalui darat masih tidak dapat dilakukan, kecuali kenderaan perdagangan (yang menepati syarat oleh kedua-dua negara).

"Justeru kekerapan penerbangan harus ditambah kepada lima kali sehari (daripada tiga kali) pada masa ini," katanya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.

"Situasi yang berlaku menyebabkan perkhidmatan udara sentiasa penuh setelah kerajaan membenarkan rentas daerah.

"Ini kerana rakyat mengambil peluang untuk balik ke kampung, di samping digunakan oleh kakitangan kerajaan dan swasta untuk perjalanan urusan rasmi," tambahnya lagi.

David memberitahu keprihatinan kerajaan sangat perlu kerana rakyat juga tidak dapat melaksanakan kewajipan mereka untuk balik mengundi pada 18 Disember 2021 ini kelak.

Di samping itu, katanya, tambang penerbangan yang tinggi iaitu RM166 untuk satu perjalanan bagi seorang individu, adalah amat membebankan bagi penduduk yang kurang kemampuan dan dari kawasan luar bandar.

Lebih menyulitkan keadaan apabila penduduk perlu melakukan sambungan penerbangan dari Limbang ke Lawas.

"Justeru kerajaan perlu mengurangkan kepada 50% kos penerbangan ini untuk meringankan bebanan rakyat," beliau menegaskan lagi.

Selain itu menurut David, GADS juga turut menerima aduan daripada ahli-ahli dan orang ramai yang mengadu anak-anak muda turut menghadapi kesukaran untuk menghadiri temuduga di luar daerah masing masing.

"Ada juga yang tidak dapat turun kerja mengikut jadual yang ditetapkan oleh syarikat masing masing kerana tempahan telah penuh sehingga Disember 2021.

"GADS amat memandang serius masalah ini dan memohon Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri untuk berklobarasi menyelesaikan masalah ini dengan sangat segera," tambah beliau lagi.


utusanborneo.com.my/2021/11/28

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2021 04:25 PM | Show all posts
sian orang limbang.. dah rasa duk oversea
susah nak balik miri dan tempat2 lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058726 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list