CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

[Sarawak] Kerja sanitasi Unit Tindak DAP Miri diteruskan demi keselamatan penduduk

[Copy link]
Post time 28-11-2021 04:16 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Sia, Ling, Hee dan Marcus bergambar bersama sebelum kerja sanitasi dilakukan

MIRI: Kerja-kerja sanitasi Unit Tindak Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri akan diteruskan dalam tempoh kempen dan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha negeri, Alan Ling berkata, kerja sukarelawan itu dilakukan demi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat dalam tempoh pandemik COVID-19 sekarang.

"Walaupun sibuk dengan kempen pilihan raya, kami tetap melakukan sanitasi untuk keselamatan dan kesihatan penduduk Miri. Dari 6 sampai 18 Disember ini, walaupun masa kempen, Unit Tindak DAP Miri akan terus melakukan sanitasi sekiranya ada permintaan.

"Kita akan cari masa untuk membantu. Selepas 18 Disember, sekiranya ada COVID-19 dalam komuniti kita, kita akan tetap teruskan," jelasnya.

Ling berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Che Sing Khor Moral Uplifting Society di Jalan Jee Foh untuk kerja sanitasi pada hari ini.

Menurut Ling, unit turut memberi bantuan sukarelawan ketika berlakunya bencana seperti banjir dan kebakaran.

Ditubuhkan pada 11 Oktober, pasukan telah melakukan kerja sanitasi di lebih 70 premis termasuk rumah dan pusat ibadat dengan purata dua premis untuk satu hari.

Ramai memuji dan berterima kasih kepada DAP kerana menawarkan khidmat secara percuma.

Kerana itu, parti masih memerlukan sokongan derma untuk mendapatkan peralatan perlindungan diri dan bahan-bahan sanitasi.

"Sekarang ini keutamaan kita adalah untuk melawan COVID-19. Saya berterima kasih kepada penderma, penyokong serta komuniti Miri yang memberi kepercayaan kepada kita dalam melakukan sanitasi, " jelasnya.

Ling yang juga calon DAP untuk kerusi DUN Pujut berpuas hati dan berbangga kerana dapat memberi perasaan selamat kepada penduduk dalam tempoh sukar sekarang.

Dengan kerjasama unit itu sekurang-kurangnya mengurangkan beban kos sanitasi penduduk khasnya pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

  
"Bagi saya pihak kerajaan langsung tidak ada mekanisma untuk rakyat memohon pertolongan untuk sanitasi. Tiada saluran dan penduduk hanya bergantung kepada khidmat persendirian dan tidak semua mampu mendapatkan khidmat itu. Dengan adanya khidmat begini adalah untuk memastikan penduduk berasa selamat."

Menurut Ling, PRN tidak sesuai diadakan ketika situasi pandemik masih ditahap belum selamat dengan jangkitan varian baharu.

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) didakwa lebih mementingkan mandat walaupun tempoh memerintah dilanjutkan sehingga tamat darurat pada Februari tahun hadapan.

"Rakyat pengundi buat perbandingan siapa yang pentingkan nyawa keselamatan rakyat. Rakyat boleh membuat perbandingan."

Dalam pada itu, kerja sanitasi dilakukan Ketua Pemuda yang juga calon kerusi DUN Piasau, Peter Hee dibantu oleh ahli, Alan Sia.

Hadir sama Pengerusi DAP Long Lama yang juga calon kerusi DUN Senadin, Marcus Hugo.


utusanborneo.com.my/2021/11/28

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.357841 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list