CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Lepas ikan siakap, sotong. Kali ni menu Kailan ikan masin RM18. UPDATE #45 Peniaga diberi notis

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 12:05 PM | Show all posts
R2D2 replied at 29-11-2021 10:25 AM
biasanya yg makan set tomyam
akan minta
nasi putih

Itulah set menu yg padu dn berjodohan. Boleh tambah satu lagi iaitu udang goreng tepung. Kailan ikan masin tu sebenarnya senang je buatnya.  Tak ade ikan masin tenggiri, I selalu gunakan ikan masin sepat.  Goreng dulu ikan masingnya, pastu hempuk2kan, tumis dgn bayang putih, masukkan sos tiram dn air sikit. Kailannya I celur dulu, toskan dn atur dipinggan.  Kuahnya siram je atas sayurnya. Beres.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 29-11-2021 12:04 PM
1/12 tkleh ada apa2 transaski sampai 31/12

Yg bener

Aik 1/12 dah takleh eh? Kalau tabung aji cemana eh? Sama gak ke?
Kalau masuk kat tabung aji pastu boleh pindah balik kan secara online gak ke acc mebeng kita kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 29-11-2021 11:15 AM
Off topic sat sbb Uols sebut pasal asb nak tanya tahun ni brp hb eh akaun asb tutup? Biasa tgh bul ...

Tak silap aku div ambik baki terendah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 29-11-2021 12:27 PM
Aik 1/12 dah takleh eh? Kalau tabung aji cemana eh? Sama gak ke?
Kalau masuk kat tabung aji pastu  ...

Iolss tkde tabung haji
Ade tabung bank of swiss jah
Asb tu wat geli2 jurrrrrr
Tu kena tanya kt depa laa
Done bakor line @acikgomen
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:35 PM | Show all posts
naina replied at 28-11-2021 03:50 PM
Sayur mahal. Kailan tu bukan kena ada biji benih terus tumbuh. Dia naik lepas kobis habis musim. Amb ...

Itu bukankah "baby kailan" namanya, acik? Kobis lepas dituai, pokoknya dibiarkan utk tuai menjadi baby kailan pulak. For this case KAILAN berbatang tu la..batang tu yg sedap very the crunchy. Sangat mudah tanamnya..tabur je biji benih.. Aku tanam kailan sendiri..nak masak, aku amik fresh dari laman..tuai kerat part batang yg agak2 boleh bercambah lagi. So that nanti tunas baru akan tumbuh dan aku boleh tuai lagi dan lagi. Pokok kobis pun aku biarkan tumbuh tunas anak kobis aka baby kailan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 29-11-2021 02:35 PM
Itu bukankah "baby kailan" namanya, acik? Kobis lepas dituai, pokoknya dibiarkan utk tuai menjadi  ...

Oh gituu. Ingatkan kailan takda bijik benih. Hehe
Sebab family tanam kobis je. Biarkan..naik plak kailan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 03:57 PM | Show all posts
kita kan dah hidup zaman milenia. kailan rege gini kira murah lagi ni hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 07:03 PM | Show all posts
Kailan ikan masin RM18 : Pengusaha restoran beri penjelasan
Malinda Abdul Malik -
29 November 2021



KEPALA BATAS –  Pengusaha restoran yang menjual hidangan kailan ikan masin berharga RM18 mendakwa mungkin berlaku salah faham pekerjanya ketika menyediakan tempahan pelanggan tersebut.

Penjelasan itu dibuat pengusaha tersebut dengan memuat naik satu di laman Facebook Anjung Ikan Bakar Nory hari ini.

Menurut peniaga itu, dua kemungkinan berlaku iaitu mungkin juruwang di restorannya tersilap masukkan harga hidangan saiz besar atau tukang masak tersilap sediakan hidangan itu untuk saiz kecil.

“Kesilapan kami mungkin juruwang tersilap ‘key in’ harga hidangan saiz L (besar) atau mungkin pelanggan memesan saiz L, tetapi kru bahagian dapur sediakan kailan ikan masin itu dalam saiz S (kecil) berdasarkan gambar yang tular.

“Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukan ditularkan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya berharap penjelasan tersebut dapat menyelesaikan isu berkenaan selain memohon kerjasama pelanggan (pengadu) untuk menghubungi mereka.

Dalam kenyataan sama, pengusaha restoran itu turut memberi penjelasan mengenai harga masakan kailan ikan masin mengikut saiz iaitu S berharga RM6, M (RM12) dan L (RM18) dengan memaparkan gambar menu restorannya.

MalaysiaGazette semalam melaporkan, selepas kecoh dengan kisah seorang individu menularkan bil sotong goreng RM100 di sebuah restoran nasi kandar di sini, terbaharu tampil pula, seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa dengan bil hidangan kailan ikan masin tidak munasabah di sebuah restoran di Kepala Batas.

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik di Facebook PenangKini menunjukkan harga hidangan sayur kailan ikan masin di sebuah restoran berharga RM18. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 29-11-2021 07:34 AM
Kalau tanam kailan kena direct sunlight ke? Tlg bg tips ye. Ios penah tanam kailan hidroponik, tp  ...

Entah la..sbb suami try semai abis di angkut nye si semut.. pak Chooi pun semai 2kali br nampak hasil skt..terung  Gan kacang botak makan di siput khinzir.. ssh gak sbb x sembur racun kan..cili padi lg la... ubi kayu je senang tanam..pacak je menjadi....hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 08:26 AM | Show all posts
Suchi replied at 29-11-2021 12:27 PM
Aik 1/12 dah takleh eh? Kalau tabung aji cemana eh? Sama gak ke?
Kalau masuk kat tabung aji pastu  ...

ari ni boleh lagi...biasanya 15 Dec baru tutup. dia nk buat kira2 sampai 31 dec...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 08:41 AM | Show all posts
ini semua punca GST....SST menrunkan harga...betul lah tu kailan RM18...kalau GST dulu mau RM28...PUIiiiiiiiiii!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 08:47 AM | Show all posts
Adakah disebabkan sayur kailan naik harga?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-11-2021 03:50 PM
Yes, ini resepi legit. Takda bawang besar ya tuan2 puan2.

Baru tau.. dok makan kat kedai biasa jumpa bawang holland tu so masak kat rumah pun campak sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.092339 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list