CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Terengganu] Sabung nyawa lapan jam berpaut pada bot karam

[Copy link]
Post time 28-11-2021 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 28-11-2021 02:53 PM

Sabung nyawa lapan jam berpaut pada bot karam

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my



MOHD Nasir (kanan) yang selamat dalam kejadian bot karam dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan. FOTO Ihsan APMM


Chukai: "Syukur, selepas lapan jam bertarung nyawa ayah akhirnya diselamatkan," kata Zarif Nasrruddin Mohd Nasir selepas bapanya terbabit dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Kapas, hari ini.


Dalam kejadian 10 pagi semalam, Mohd Nasir Othman, 43, nyaris lemas selepas bot yang dinaikinya karam selepas dipukul ombak.
Zarif, 20, berkata bapanya sebelum itu keluar ke laut bersendirian untuk memancing sebelum berlaku kemalangan itu.



"Ayah berpaut pada bot selama lapan jam sebelum ditemui sebuah bot tunda yang berjaya menyelamatkannya sekitar 6 petang semalam.



"Saya bersyukur selepas dimaklumkan ayah selamat dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu," katanya memaklumkan bapanya masih menjalani rawatan di Hospital Kemaman.



Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, ketika kejadian mangsa sedang memancing sebelum bot gentian kaca dinaiki dipukul ombak.



Menurutnya, dalam suasana kelam-kabut itu, mangsa sempat berpaut pada botnya dengan sebahagiannya sudah tengelam.



"Mangsa bernasib baik apabila sebuah bot tunda dalam perjalanan dari Thailand menuju ke Indonesia melalui perairan terbabit dan ternampak mangsa sebelum menghampiri dan memberi bantuan.



"Mangsa kemudian dibawa naik ke atas bot tunda terbabit sebelum perkara itu dilaporkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," katanya.



Menurutnya, sebuah bot Penggalang 16 kemudian dihantar ke lokasi kejadian, kira-kira 19 batu nautika dari Kuala Kemaman.



Katanya, mangsa dibawa ke jeti Maritim Kemaman kira-kira 3.40 pagi tadi sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Disiarkan pada: November 28, 2021 @ 2:41pm



sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.326452 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list