CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 593|Reply: 0

[Kelantan] Bantuan awal hadapi musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 28-11-2021 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Bantuan awal hadapi musim tengkujuh

Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my



ZAKARIA (kiri) menyampaikan sumbangan kepada warga emas cacat penglihatan, Che Mas Awang (kanan duduk) di Kampung Bunga Emas. FOTO Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: "Sumbangan barangan keperluan asas ini dapat meringankan beban kerana anak dan menantu hanya bekerja kampung sekali gus kami sekeluarga jadikan bekalan di musim tengkujuh," kata warga emas, Che Mas Awang, 67.



Menurut Che Mas, selepas arwah suaminya, Jaafar Ibrahim meninggal dunia pada 2014 akibat sakit tua, dia kini dijaga oleh anak serta menantunya kerana hilang penglihatan sejak 26 tahun lalu apabila melahirkan anak bongsunya.



"Bagi kami yang kurang berkemampuan, sumbangan sebegini sangat bermakna apatah lagi ketika musim tengkujuh memandangkan pendapatan anak serta menantu hanya sekadar cukup makan sahaja.



"Tambahan pula dalam keadaan penularan Covid-19, ramai yang terkesan termasuk ada di antara anak saya yang bekerja semdiri untuk menyara keluarga. Terima kasih dan kami sekeluarga amat menghargainya," katanya.



Che Mas berkata demikian ketika ditemui pada program Ibis Style Kota Bharu: Bantuan Persiapan Awal Kawasan Terjejas Banjir di Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, hari ini.



Terdahulu, Pengurus Besar Ibis Style Kota Bharu Zakaria Harun mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas kepada 25 keluarga kurang berkemampuan.



Penghulu Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria berkata, paras air yang tinggi ketika musim tengkujuh menyebabkan hampir 400 keluarga yang kebanyakannya nelayan dan petani sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.



"Walau bagaimanapun, penduduk bernasib baik disebabkan benteng hakisan banjir yang dibina sebelum 2014 berdekatan Sungai Kelantan menyebabkan paras air naik tidak terlalu tinggi sehingga menenggelamkan rumah di kawasan ini.



"Lebih membimbangkan, ramalan ada mengatakan pada tahun ini sekali lagi dijangka berlaku banjir besar, tetapi kita berharap ia tidak berlaku sebagaimana pada 2014," katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2021 @ 2:32pm


sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.062509 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list