CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 1619|Reply: 58

[Tempatan] 81 peratus pekerja lebih suka bekerja di pejabat berbanding WFH (byk ambik kesempatan)

  [Copy link]
Post time 28-11-2021 12:29 PM | Show all posts |Read mode
81% of Malaysian workers want to return to office – Savills
Bernama
November 28, 2021 11:16 am +08


KUALA LUMPUR (Nov 28): 81% of Malaysian office workers said they would prefer to return to the office, according to a recent survey published by Savills, one of the world’s leading property advisors.

The survey entitled “What Workers Want — Malaysia” found that while the hybrid working model appears to have become a mainstay in Malaysia for the foreseeable future, more than 90% of the respondents believe that matters such as creativity and collaboration, meeting work targets and achieving career growth, are best met in the office environment.

Savills Malaysia deputy managing director Nabeel Hussain said with Malaysia coming out of a two-year pandemic, businesses were also beginning to open up.

Thus, he said the physical office remains vital in business recovery and in ensuring an expedited return to normalcy.

“Seeing that the hybrid working model appears to be here to stay, a delicate balance between business and economic needs and employee preferences is the ideal solution, and that’s what companies should be focusing on during this reopening period.

“The physical office environment likely needs to be enhanced by other factors to make the return to the workplace in the current environment more attractive.

“The presence of solid hardware and software solutions takes on greater importance than ever and is key to supporting the evolving work environment,” he said in a statement on Sunday (Nov 28).

Meanwhile, Savills Malaysia Research associate director Fong Kean Hwa said most office workers will not resist returning to the office as they believe going to the office benefits their physical and mental health, thus further supports their professional and personal development.

Savills has been conducting the “What Workers Want” surveys for more than 10 years in the United Kingdom and other European countries to gauge the views of office-based employees.

In 2020, the Savills Office FiT survey was launched to gather insights on how the office needs to adapt, evolve and improve itself in response to Covid-19. The study saw over 100,000 participants across the UK and Europe, Middle East & Africa (EMEA).

A similar approach was applied to the Malaysian context for the What Workers Want survey, carried out over a six-week period to understand what Malaysian workers want in their return to the office.

The survey findings on productivity key parameters show that workers in Malaysia think their productivity is the same whether working from home or in the office, as opposed to in EMEA where workers think they are more productive at home.

“While productivity remains high, 30% of the respondents cite mental and physical exhaustion due to the working from home arrangements, while more than one-third said they experienced increased working hours due to blurring of work and home boundaries.

“Many Malaysians still see the physical office playing an important role, especially for professional growth and collaborative work,” it said.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
yee stress la time wfh aritu..rasa tertutup..bila masukk ofis ada kwn blh gelakk sama..mkn sama..toilet sama xde la bosan sgt masa buat kerja..
i tgk adik i yg still wfh lg muka jd naik jerawat sbb stress agaknya kot eh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 12:36 PM
yee stress la time wfh aritu..rasa tertutup..bila masukk ofis ada kwn blh gelakk sama..mkn sama..toi ...

I x perlu masuk office even our co dh start wfo tp by group....i wfh tp i just masuk once a week camtu tp bila dh masuk off, i rasa i lg prefer wfh, sbb lg efficient, xde distraction....plus kurang penat & buang masa jem atas jln....ok la once a week jumpa colleague physically
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2021 12:47 PM | Show all posts

bernama.com
81 peratus daripada pekerja di Malaysia ingin kembali ke pejabat - Savills
4-5 minutes

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Sebanyak 81 peratus daripada pekerja pejabat di Malaysia menyatakan bahawa mereka lebih memilih untuk kembali ke pejabat, menurut kaji selidik terkini yang diterbitkan oleh Savills, antara penasihat hartanah terkemuka dunia.

Kaji selidik itu bertajuk “What Workers Want -- Malaysia” mendapati bahawa walaupun model kerja hibrid dilihat menjadi teras utama di Malaysia pada masa depan, lebih 90 peratus daripada responden percaya bahawa perkara seperti kreativiti dan kerjasama, mencapai sasaran kerja dan pertumbuhan kerjaya, langkah terbaik dicapai dalam persekitaran pejabat.

Timbalan Pengarah Urusan Savills Malaysia Nabeel Hussain berkata dengan Malaysia keluar daripada pandemik selama dua tahun, perniagaan turut mula dibuka.

Oleh itu, katanya pejabat fizikal kekal penting dalam pemulihan perniagaan dan memastikan dapat kembali kepada keadaan normal dengan cepat.

“Mendapati bahawa model kerja hibrid dilihat akan kekal di sini, keseimbangan antara keperluan perniagaan dan ekonomi serta keutamaan pekerja merupakan penyelesaian yang ideal dan itu yang perlu diberi tumpuan oleh syarikat dalam tempoh pembukaan semula ini.

“Persekitaran pejabat fizikal mungkin perlu dipertingkatkan oleh faktor lain untuk menjadikan kembali ke tempat kerja dalam persekitaran semasa lebih menarik.

“Wujudnya penyelesaian perkakasan dan perisian yang kukuh adalah lebih penting berbanding sebelum ini dan merupakan faktor utama untuk menyokong persekitaran kerja yang semakin berkembang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bersekutu Savills Malaysia Research Fong Kean Hwa berkata kebanyakan pekerja ingin kembali ke pejabat berikutan mereka percaya pergi ke pejabat memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental mereka, sekali gus menyokong pembangunan profesional dan peribadi mereka.

Savills telah menjalankan kaji selidik “What Workers Want” selama lebih 10 tahun di United Kingdom (UK) dan negara-negara Eropah yang lain untuk mengukur pandangan pekerja di pejabat.

Pada 2020, kaji selidik Savills Office FiT telah dilancarkan untuk mendapatkan pandangan mengenai cara pejabat perlu menyesuaikan, berkembang dan menambah baik berikutan COVID-19. Kaji selidik itu menyaksikan lebih 100,000 peserta di UK dan Eropah, Timur Tengah & Afrika (EMEA).

Pendekatan sama telah digunakan dalam konteks Malaysia untuk kaji selidik What Workers Want, yang dijalankan dalam tempoh enam minggu untuk memahami apa yang pekerja Malaysia mahukan apabila mereka kembali ke pejabat.

Dapatan kaji selidik mengenai parameter utama produktiviti menunjukkan bahawa pekerja di Malaysia berpendapat produktiviti mereka adalah sama sama ada bekerja dari rumah atau di pejabat, berbanding di EMEA apabila pekerja berpendapat mereka lebih produktif di rumah.

“Walaupun produktiviti kekal tinggi, 30 peratus daripada responden menyatakan bahawa keletihan dari segi mental dan fizikal akibat aturan bekerja dari rumah manakala lebih satu pertiga menyatakan mereka menghadapi peningkatan waktu kerja akibat kekaburan mengenai kerja dan sempadan rumah.

“Ramai rakyat Malaysia masih melihat pejabat fizikal memainkan peranan penting, terutamanya untuk pertumbuhan profesional dan kerja secara usaha sama,” katanya.

Bagi laporan kaji selidik penuh, layari what-workers-want-survey.pdf (savills.asia)

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki acik kalo wfh melampau2 miting sampai tgh malam
Baik la dia pi ofis, koman2 bila sampai rumah dah tak payah bukak laptop lagi dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 28-11-2021 12:43 PM
I x perlu masuk office even our co dh start wfo tp by group....i wfh tp i just masuk once a week c ...

ok la uols lg suka wfh..i mmg mati kutu dk umah lama2..i suka huha huha..pastu masa wfh aritu rasa berterabur bethol hidup xsuka mekap..xsuka pakai baju..hari2 kerja pakai bju tdo..dh masuk ofis ni baru rasa normal sikit hidup
tp kalau environment kt opis xbest mmg prefer wfh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:52 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 28-11-2021 04:47 AM
Laki acik kalo wfh melampau2 miting sampai tgh malam
Baik la dia pi ofis, koman2 bila sampai  ...

betul..

klu wfh mcm terlebih workload plak..


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 28-11-2021 12:47 PM
Laki acik kalo wfh melampau2 miting sampai tgh malam
Baik la dia pi ofis, koman2 bila sampai  ...


bethol ke mitim
acik smlm kpd smlm i p dating mkn sekerim kt mcd rimbayuu..ramai bethol org..mlm sblm tu p picnic kt tasik quayside mall..kebosanan la acik..smlm pulak lepak putarjaya..mlm ni xtau dh nk lepak mna..any idea tak acik
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai #50yearoldvirgin yg berlaki and beranak, iols lebih suka wfh dari mengadap jem tart pergi balik ofis setiap hari. Company pun dah downsized office space, sekarang katanya tengah reno pod style, mana yg essential je dtg office.  HQ pun dah keluar hybrid working guidelines which include respecting others’ personal time.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:03 PM | Show all posts
yg jenis mengular sibuk nk blk kg suka la wfh. dan jabatan plk jenis x pedulik mana staff pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 12:54 PM
bethol ke mitim
acik smlm kpd smlm i p dating mkn sekerim kt mcd rimbayuu..ramai bethol org..mlm ...

Acik pun bosan anak balik asrama, tinggai budak kecik nih je, lepas magrib bawak keta nak pi tido Ipoh, ujong2 nyampah tgk agoda sbb bilik mcm tak syok je kat ipoh tu, last2 weols sampai penang tiga beranak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 28-11-2021 01:10 PM
Acik pun bosan anak balik asrama, tinggai budak kecik nih je, lepas magrib bawak keta nak pi tido  ...

Ipoh mmg hotel x menarik.
Tarikan ipoh ni apa..
Cam Soromban ajo..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ketipongtipah replied at 28-11-2021 01:31 PM
Ipoh mmg hotel x menarik.
Tarikan ipoh ni apa..
Cam Soromban ajo..

Konon nak try tomyam gung viral kat Ipoh night market
Skali tgk review beratoq pukoi 5 ptg, pukoi 9mlm baru dpt seat dgn order mak aiiiiiiii
Mmg tak la jawapnye
Kejap lagi nak balik kayhell dah
Lemah pikir esok keja
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lg suka wfh..tak yah hadap jem tak yah rushing boleh uruskan ank pegi skolah boleh masak hari2 tak penat sgt..tak sebuk nk cari breakfast n lunch sbb ofis jauh nk cari mkn..jimat duit minyak duit mkn..mmg la kdg2 boring tak dpt jump kwn borak2..tp mcm ni pg best..kalo boring blh keluar shoping ke mkn2 ke..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
iols introvert suke je wfh dok rumah. tapi bila lama sangat dok rumah sorang2 jadi lemau. kalo gi kerja walaupun penat drive dan bersosial rasa mcm aktif sikit badan. rasa macam ada makna sikit kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka wfh.. nt ada plk kata aku mengulau..
Tp yg x best wfh.. mcm xdak istilah sabtu, ahad, mlm.. bos asyik bg arahan sokmo.. hishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 28-11-2021 01:10 PM
Acik pun bosan anak balik asrama, tinggai budak kecik nih je, lepas magrib bawak keta nak pi tido  ...

alah bestnyaaal penang..xkerja la ye esk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2021 03:25 PM | Show all posts
aku tgk
geng2 yg kerja di pejabat
siap ada group WA khusus pasal LUNCH shj
siap bincang nak mkn kat makan
order online ka tak etc
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 03:21 PM
alah bestnyaaal penang..xkerja la ye esk

Nak balik le ni
Gigih tak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
savills ka yg buat kajian ni..depa kan property consultant
mesti la nk jual office lot bagai kene la bagi hasil result kajian yg konon sume suke WFO bagai..kang takde bisnes lak kan sbb sume stafg suka WFH
blah la lu konsultan..x abih2 nak menipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-1-2022 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.097603 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list