Siasat helikopter terbang rendah iringi perarakan pengebumian
NOOR AINON MOHAMED | | 28 November 2021
Perarakan pengebumian mayat di Little India Ipoh, diiringi dengan perkhidmatan helikopter yang melakukan penerbangan rendah. - Foto ihsan pembaca
IPOH - Polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden sebuah helikopter yang melakukan penerbangan rendah ketika perarakan pengebumian mayat di Little India Ipoh di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan selepas sebuah video perarakan pengebumian tular di laman sosial.
"Kita akan lihat sama ada mereka mempunyai kebenaran untuk membuat perarakan. Mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebarang aktiviti perarakan adalah tidak dibenarkan.
"Yang kedua adakah mereka mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk melakukan penerbangan rendah. Berdasarkan video itu, ia terbang terlampau rendah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ops Cegah Jenayah Khas Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada awal pagi Ahad.
Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, tindakan akan diambil sekiranya wujud kesalahan dalam perarakan tersebut. Kita akan siasat dari pelbagai sudut untuk kita lihat apa-apa kesalahan yang wujud termasuk pelanggaran SOP.
"Siasatan sedang dijalankan dan apabila siasatan selesai, kita akan ambil tindakan sewajarnya," jelasnya.
Yg ini taknak keluar statement nak cari org yg sebarkan video ke wahaii abg poliss ipohh? Yg kes bunuh ala wrestling diperhatikan abg polis gundu blh pulak keluarkan statement bodoh mcm tu. Patutnya cakaplah akan siasattt, ni keluar statement mcm marah pecah lobang polis tak buat apa siap jd penonton satu nyawa dibunuh
Post time 28-11-2021 03:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
domestobot replied at 28-11-2021 12:41 PM
takpe polis Ipoh dalam tangan Geng Menglembu je.
Tangan?
Menglembu?
Kacang menglembu Cap tangan?
Hat ni pengebumian set yenna
Haebak betul siap heli escort
Ayoh pin yg ngaku pemimpin kerajaan langit pun takde heli escort mayatnya utk disemadi di langit
Post time 28-11-2021 03:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by alesandra at 28-11-2021 03:41 PM
Ckp psl heli ni teringat aku mangkok manatah yg borong nasi ganja yg overrated guna heli . sampai skrg xtau sapa kah mangkok ittew. napa benda bodoh2 jadi kat ipoh semenjak dua menjak neh
Post time 28-11-2021 04:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 28-11-2021 04:21 PM
alesandra replied at 28-11-2021 03:38 PM
Ckp psl heli ni teringat aku mangkok manatah yg borong nasi ganja yg overrated guna heli . sampai sk ...
aku baru nk tanya,apa jadi dgn kes hasil siasatan heli nasi ganja tu?
senyap je..apa butuh nya pak polisi skang nih
and mmg lately byk bende2 bodoh jd kat ipoh skang ni la..dr kes heli ganja, oku berebut mikropon, funeral atas jalan
aku siap tanya laki aku lg awatnya ipoh jd lagu ni...dia gelak jah.sbb ms kekecik dulu dia duk ipoh
sempat la skolah st michael tu