|
Varian baharu 'mungkin' dari penumpang Afrika Selatan: pegawai Belanda
November 28, 2021 @ 7:31am
Kira-kira 600 penumpang telah ditahan selama berjam-jam di hab udara utama Belanda. - Foto AGENSI
THE HAGUE: Pihak berkuasa Kesihatan Belanda berkata, varian baharu Omicron 'mungkin' hadir dalam kalangan 61 penumpang yang tiba dalam dua penerbangan dari Afrika Selatan dan diuji positif untuk COVID-19.
Kira-kira 600 penumpang telah ditahan selama berjam-jam di hab udara utama Belanda semalam selepas negara-negara menutup sempadan mereka kepada trafik udara dari Afrika Selatan, di mana varian baharu itu, dipanggil Omicron, mula dikesan.
"Varian Omicron mungkin ditemui dalam beberapa orang yang telah diuji," kata Institut Kesihatan Awam Negara (RIVM) dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa analisis lanjut akan dijalankan untuk menentukan secara pasti sama ada varian baharu itu terbabit.
Keputusan ujian yang dilakukan ke atas penumpang akan diperoleh pada Ahad, tambah RIVM.
Organisasi itu menyeru semua pelancong yang telah melawat selatan Afrika termasuk Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Eswatini (Swaziland) dan Zimbabwe untuk menjalani ujian 'walaupun anda tidak menunjukkan sebarang gejala'. - AFP
|
|