CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 8

[Tempatan] LAGI rakyat Malaysia dijatuhi hukuman mati di Singapura

[Copy link]
Post time 28-11-2021 12:47 AM | Show all posts |Read mode
Lagi rakyat Malaysia dijatuhi hukuman mati di Singapura
November 27, 2021 @ 6:03pm


SINGAPURA: Pannir Selvam Pranthaman, seorang lagi rakyat Malaysia yang dikenakan hukuman mati atas kesalahan dadah, gagal dalam rayuan akhirnya pada Jumaat lalu untuk mencabar keputusan mahkamah ke atasnya.

Pannir sebelum ini dijadual menjalani hukuman mati pada 24 Mei 2019, tetapi pada 23 Mei 2019 Mahkamah Rayuan Singapura membenarkan permohonan menangguhkan hukuman mati bagi membolehkannya mencabar proses pengampunan.

Dia disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 27 Jun 2017 atas tuduhan mengedar 51.84 gram diamorphine ketika ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 September 2014.

Pada 12 Februari 2020, Mahkamah Tinggi menolak usahanya untuk mencabar keputusan mahkamah yang mengetepikan permohonan pengampunan.

Awal bulan ini, seorang lagi warga Malaysia Nagaentran K Dharmalingam, dijatuhi hukum mati pada 10 November, terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Rayuan dimaklumkan dia didapati positif COVID-19.

Rayuan Nagaentran akan didengar pada Selasa ini.

Untuk kes Pannir, dilaporkan selain mencabar proses pengampunan, Pannir turut memfailkan cabaran ke atas keputusan Pendakwa Raya yang tidak memberikan kepadanya perakuan memberi pertolongan kepada pasukan pendakwa.

Keputusan mahkamah semalam dilaporkan tertumpu kepada sama ada maklumat yang disalurkan Pannir kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) benar-benar dapat membantu agensi itu melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah.

Menurut Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura, mereka yang ditahan kerana mengedar dadah dan diberikan sijil perakuan sebagai pemberi maklumat kepada pendakwa, boleh mengelak hukuman mati tetapi diganti dengan penjara seumur hidup dan sebatan.

Sementara itu, keluarga Pannir tetap tenang walaupun selepas dimaklumkan mengenai keputusan penghakiman itu.

"Kami cuba bertenang meskipun perasaan sengsara. Kami berusaha untuk tenang kerana kami percaya kepada Tuhan," kata kakaknya, Sangkari Pranthaman ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya apakah langkah seterusnya, Sangkari berkata mereka masih menunggu arahan peguam.

"Setakat ini kami tidak tahu apa perlu dilakukan sebenarnya. Kami buntu. Kami cuba untuk menerima hakikat. Tapi perlu lakukan sesuatu," katanya.

Sangkari merancang untuk pergi ke Singapura selepas tidak berjumpa adiknya, yang ketiga daripada lapan adik beradik, kira-kira 20 bulan akibat pandemik COVID-19.

"Saya fikir nak ke Singapura lagi. Mungkin dalam waktu terdekat, saya akan ke Singapura untuk bertemu adik saya. Saya (akan pergi) dengan adik perempuan saya," tambahnya.

Sangkari turut berkongsi apa yang Pannir katakan ketika menghubunginya kira-kira jam 3 petang sejurus selepas penghakiman kes itu.

"Jangan sedih. Saya tahu awak sangat sedih. Mesti peguam sudah maklumkan pada awak. Jangan rasa bersalah. Kita akan lihat apa yang boleh kita lakukan. Saya cuma nak bagi tahu yang saya okey," kata Pannir kepada kakaknya.

Sangkari berkata Pannir masih positif dan kuat disebalik ketidaktentuan itu.

Sementara itu, seorang daripada peguam Pannir, Too Xing Ji, dilaporkan berkata semalam bahawa anak guamnya tidak diberikan sebarang arahan untuk memfailkan permohonan lanjut. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 09:54 AM | Show all posts
tapi dia tahu kan yang dibawa tu dadah?
ke kena tipu?

kalau malaysia masuk campur
adakah malaysia kena bayar sejumlah atau kena ada apa2 agreement dgn singapura?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 28-11-2021 10:42 AM

Tahun 2019, 2020 pun ada je malaysian yg edar dadah ke tali gantung kat singapore.  Dah tahu polis singapore tu lagi efficient dr polis malaysia, lagi berani nak bawa masuk dadah.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
rip abg....


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Rugi nya ambil risk mati hanya mahu smuggle dadah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:21 AM | Show all posts
dijadual menjalani hukuman mati pada 24 Mei 2019, tetapi pada 23 Mei 2019 Mahkamah Rayuan Singapura membenarkan permohonan menangguhkan hukuman mati
prghhh... sehari sebelum mati dapat extend.

dia ni edar morphine so I have to agree lah memang dadah berbahaya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2021 10:38 AM | Show all posts
Samerosie replied at 28-11-2021 10:03 AM
Tahun 2019, 2020 pun ada je malaysian yg edar dadah ke tali gantung kat singapore.  Dah tahu polis s ...

shortcut to nak hidup mewah express.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:10 PM | Show all posts
Berani buat berani tanggung bukan mereka tak tahu akan risikonya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 01:29 PM | Show all posts
high risk, high reward ni

mesti bekalan ke Singaporn sedang berkurangan sekarang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056972 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list