CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 814|Reply: 4

[Tempatan] CUEPACS: skim gaji vs had umur persaraan

[Copy link]
Post time 28-11-2021 12:41 AM | Show all posts |Read mode
Baik tingkat skim gaji daripada naik had umur persaraan
Kumara Sabapatty -
27 November 2021


KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpandangan tiada keperluan untuk kerajaan meningkatkan had umur persaraan sedia ada bagi pekerja dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini.

Walaupun perkara itu disyorkan  oleh Bank Dunia tetapi pihaknya mendesak kerajaan mendahulu perkara lain yang perlu diutamakan, kata presidennya, Datuk Adnan Mat.

“CUEPACS berpendapat had umur persaraan sedia ada iaitu 60 tahun sudah cukup memadai bagi keperluan semasa di negara ini.

“Sebarang bentuk cadangan untuk meminta kerajaan mengkaji semula meningkatkan had umur persaraan sedia ada tidak wajar dilontarkan oleh mana-mana pihak memandangkan situasi semasa negara yang tidak sama dengan negara-negara maju di wilayah lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Adnan, ketika ini kerajaan sedang berhadapan dengan kekangan kewangan apabila banyak peruntukan disalurkan untuk memulihkan semula ekonomi dan membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Menurut beliau, keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan ketika ini juga menyaksikan ramai rakyat yang masih lagi menganggur serta sukar mencari peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan.

“Situasi ekonomi yang tidak begitu baik juga mengakibatkan peluang pekerjaan baru di sektor swasta juga tidak dapat memenuhi permintaan dalam pasaran buruh semasa negara.

“Setiap tahun juga ratusan ribu graduan baru dilahirkan untuk memasuki pasaran kerja dan mereka ini turut berharap dapat menikmati pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

“Jika kita terus meningkatkan had umur persaraan sedia ada, ia sudah tentu menyukarkan golongan muda mendapat peluang kerja yang baik,” ujarnya.

Malah jelas Adnan, pihaknya tidak mahu wujud situasi golongan muda terpaksa melakukan apa sahaja pekerjaan yang tidak setara dengan kelayakan sehingga mengakibatkan taraf hidup rakyat tidak meningkat walaupun negara semakin maju.

“Justeru itu, CUEPACS berpendapat cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan sedia ada tidak sesuai dilakukan dalam tempoh tiga hingga lima tahun dari sekarang sehingga keadaan ekonomi negara semakin kukuh dan berkembang dengan baik.

“Dalam hal ini adalah lebih baik kerajaan mencari jalan bagi meningkatkan dan memperkasakan skim gaji yang dinikmati oleh warga pekerja supaya taraf hidup semasa rakyat bertambah lebih baik sesuai dengan kos sara hidup semasa.

“Gaji minimum semasa RM1,200 perlu ditingkatkan dengan segera agar selari dengan hasrat kerajaan mahu meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2025 dapat dicapai dengan komprehensif untuk semua rakyat.

“Apabila gaji/pendapatan rakyat dapat ditingkatkan, sudah tentu simpanan untuk hari tua juga dapat ditingkatkan sekali gus membolehkan rakyat kekal menikmati hidup baik selepas persaraan kelak,” tegas beliau.- MalaysiaGazette



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 01:09 PM | Show all posts
umur 60 kalau sihat sekalipun rasanya dh sesuai pencen x pyh sibuk fikir duniawi sgt.. bg anak2 muda plk bekerja. kalau mslh byk tanggungan loan, itu fikirlah mcmana nak handle. merancang dari awal kan mudah. ng la anak muda plk bekerja, mereka pun nk bayar bil, sewa rmh, motor kereta, ptptn etc. dan yg ptg nk jgk merasa bg duit kat mak ayah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 28-11-2021 01:09 PM
umur 60 kalau sihat sekalipun rasanya dh sesuai pencen x pyh sibuk fikir duniawi sgt.. bg anak2 muda ...

Tak jadi isu berhutang sampai pencen kalau kerajaan had kan tempoh pinjaman tak boleh lebih atau ngam2 umur pencen. Patut 5 tahun sebelum pencen dah bebas hutang. Ni loan rumah pun boleh sampqi umur 70-75 tahun semata-mata supaya kapitalis bangsat boleh jual rumh. Sepatutnya kawal supply rumh dan harga rumah. Bukan panjangkan tempoh supaya orang mampu lepas loan beli rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:38 PM | Show all posts
adm7 replied at 28-11-2021 01:18 PM
Tak jadi isu berhutang sampai pencen kalau kerajaan had kan tempoh pinjaman tak boleh lebih atau n ...

ya setuju tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:40 PM | Show all posts
ckp byk ehh...ko ingat org2 ATAS tu nk dgr ke?? dorang sibuk skrg approve projek kt sarawa k tu....tahun depan je up isu balik yerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.323407 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list