CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Sarawak] Penurunan kes COVID-19 tiada kaitan dengan PRN12

[Copy link]
Post time 28-11-2021 12:25 AM | Show all posts |Read mode


Uggah (dua kiri) menyampaikan anak benih nanas kepada salah seorang petani, kelihatan sama Anyi (kiri) dan Dennis (paling kanan).

BARAM: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah hari ini menafikan satu hantaran di media sosial yang mendakwa kerajaan memanipulasi jumlah kes COVID-19 yang kini menunjukkan trend menurun.

Uggah berkata, jumlah kes harian tersebut direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bukannya kerajaan negeri.

“Segelintir netizen menuduh kerajaan memanipulasi penurunan kes ini dengan keputusan kita untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dalam masa terdekat.”
“Perkara ini tidak tepat memandangkan hanya KKM boleh mengeluarkan statistik jumlah kes COVID-19,” katanya semasa merasmikan Program Outreach Komuiti Pertanian (AgriCOP) di Long Bemang, hari ini.

Beliau menambah, jumlah kemasukan pesakit yang mengalami gejala serius ke hospital juga dilaporkan masih rendah.

“Malah kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di Sarawak semalam adalah 0.87 iaitu terendah di seluruh negara.

"Untuk hari ini, Sarawak mencatatkan 137 kes berbanding semalam 144 kes. Manakala pada Selasa sebanyak 239 kes, Rabu (192) dan Khamis (171),” katanya.

Ujar beliau, penurunan kes COVID-19 di Sarawak disebabkan kadar vaksinasi penduduk yang tinggi iaitu 90.5 peratus daripada 75.5 peratus populasi.

Setakat ini katanya, kira-kira 634,684 sudah menerima vaksin penggalak.

“Kerajaan negeri berhak untuk mengadakan pilihan raya masa ini.”

“Sekiranya tunggu tahun hadapan, kita bimbang dengan kewujudan varian baharu selain musim tengkujuh yang dijangka melanda Sarawak bermua Januari hingga Februari,” kata Uggah.

Katanya, malah KKM semalam mengambil langkah berjaga-jaga ekoran varian baharu COVID-19 (B.1.1.529) di mana terdapat 77 kes melanda beberapa negara di Selatan Afrika, manakala Botswana (4) dan Hong Kong (2) kes.

“Varian itu mempunyai 32 mutasi spike protein, iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian delta, namun belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan bagi varian berkenaan,” katanya.

Mengenai AgriCOP, Uggah berkata ia merupakan inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan sektor pertanian di negeri ini.

“Kita mahu petani menggunakan teknologi moden dalam menghasilkan produk berkualiti dan meningkatkan jumlah pengeluaran sejajar dengan hasrat menjadikan negeri ini pengeksport manakanan menjelang 2030,” katanya.

Beliau turut menyeru peserta agar mempelbagaikan aktiviti pertanian dan tidak bergantung sepenuhnya dengan tanaman sawit.

Hadir sama Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Telang Usan  
Dennis Ngau dan Pengaraj Jabatan Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai.


utusanborneo.com.my/2021/11/27




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064012 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list