CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 1

[Tempatan] DAP, PKR bertembung kerusi di Sarawak?

[Copy link]
Post time 28-11-2021 12:25 AM | Show all posts |Read mode
DAP, PKR bertembung kerusi di Sarawak?
Oleh Mohd Roji Kawi - November 27, 2021 @ 4:41pm

KUCHING: Pertembungan antara DAP dan PKR untuk menyaingi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka tidak dapat dielak di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), 18 Disember depan.

Difahamkan, Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen, dikatakan memungkiri keputusan mesyuarat Khamis lalu supaya isu pembahagian kerusi antara tiga parti dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak dibawa dalam rundingan Majlis PH Pusat.

Ia susulan tindakan Chieng Jen mengumumkan senarai calon DAP bagi 18 kawasan semalam, dengan empat daripadanya menjadi perhatian PKR iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena, Senadin, Pujut dan Piasau.

Pemangku Pengerusi PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, berkata jika persetujuan gagal dicapai menjelang hari penamaan calon, pertembungan dijangka berlaku antara dua parti pembangkang dari Semenanjung itu.

"Kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru (GPS, PKR dan DAP) memang ada.

"Pada mesyuarat PH pada 25 November lalu, kita bersetuju berunding mengenai pembahagian kerusi dengan Majlis PH Pusat, tetapi dia (Chieng Jen) mungkir.

"PKR Sarawak juga ada autonomi sendiri dan kami masih mengusahakan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak dalam satu kenyataan mendakwa DAP Sarawak enggan berunding secara terbuka dan telus berhubung pembahagian kerusi pada PRN-12 Sarawak.

Kenyataan itu menyebut, PKR cuba berjumpa dengan pimpinan tertinggi DAP Sarawak sejak beberapa bulan lalu untuk membincangkan isyang berkenaan namun ditolak.

PKR Sarawak mahu menjelaskan perjanjian rundingan kerusi PH pada 2 Januari lalu tidak boleh diguna pakai kerana dibuat antara pemimpin PKR terdahulu, Larry Sng dengan DAP Sarawak tanpa persetujuan akar umbi PKR.

Ia disusuli tindakan Sng keluar PKR pada Februari lalu.

Sehubungan itu, MPN PKR Sarawak mendakwa perjanjian yang ditandatangani Sng, Chieng Jien dan Pengerusi Parti Amanah Nasional (AMANAH) Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili, terbatal dan tidak sah.

Sementara itu, Chieng Jen dalam maklum balas berhubung dakwaan MPN PKR Sarawak itu, meminta PKR memberi tumpuan kepada 47 kawasan yang dipersetujui untuk ditandingi parti itu.

"Jangan membuang masa dan tenaga merebut kerusi sehingga akhirnya kehilangan matlamat utama untuk menyaingi GPS

"Sebelum tiga parti (PKR, DAP dan AMANAH) menandatangani perjanjian peruntukan kerusi pada 2 Januari lalu, kita mengadakan beberapa pusingan rundingan.

"Ia bukan dengan Sng sahaja tetapi juga beberapa ahli jawatankuasa PKR negeri lain seperti (Setiausaha PKR Sarawak) Joshua Jabeng, malah Abang Zulkifli turut hadir dalam rundingan itu.

"Pada hari itu, Sng menandatanganinya persetujuan semua MPN PKR Sarawak bukan beliau seorang.

"Hanya kerana Sng meninggalkan parti selepas itu, tidak bermakna keputusan keseluruhan jawatankuasa negeri sebelum ini terbatal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chieng Jen berkata, perjanjian itu dibuat antara semua pihak berkepentingan dan pertukaran seorang pemegang jawatan (yang menandatangani) tidak menjejaskan kesahihannya.

"DAP juga sudah melepaskan beberapa kerusi untuk mencapai persetujuan itu pada 2 Januari lalu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas & UMNO pun bertembung bertumbuk di semua kerusi, apo nak heran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055901 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list