CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 27/11/2021

[Copy link]
Post time 28-11-2021 12:20 AM | Show all posts |Read mode




COVID-19: Tiada varian baharu dikesan, 137 kes baharu

KUCHING: Tiada varian baharu, B.1.1.259 seperti yang direkodkan di Afrika Selatan, Botswana dan Hong Kong dikesan di Sarawak setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata Pusat penyelidikan akan menjalankan survelan genomik secara berterusan sebagai langkah pengesanan awal kewujudan varian baharu COVID-19 dalam komuniti di Sarawak.

Jelasnya, usaha itu dilaksanakan oleh dua institusi iaitu Makmal di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di Sibu.

"JPBNS memandang serius berkenaan pengesanan varian baharu COVID-19 iaitu B.1.1.259 direkodkan di Afrika Selatan, Botswana dan Hong Kong.

"Bagaimanapun, tiada varian baharu dikesan di Sarawak setakat ini," kata kenyataan itu hari ini.

Jelas jawatankuasa itu, JPBNS turut menyokong usaha meningkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan sempadan bagi pengembara yang tiba dari negara-negara berisiko tinggi, yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Justeru, katanya, rakyat tidak perlu risau atau panik dengan maklumat berkaitan varian baharu ini.

"Ini kerana langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 termasuk varian baharu tetap sama iaitu memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan diri, serta mengekalkan tahap imuniti badan yang tinggi terhadap virus SARS-CoV termasuklah vaksinasi dos penggalak.

"Rakyat juga diingatkan tidak leka dengan situasi COVID-19 di Sarawak yang kian bertambah baik dan tetap waspada serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada," kata JPBNS.

Berhubung kes COVID-19 hari ini, Sarawak merekodkan 137 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 250,366 kes.

Kuching merekodkan 45 kes diikuti Miri (16), Lawas (14), Sibu (9), Limbang (8), Serian (7), Kota Samarahan (6), Bintulu (5), Lundu (5), Bau (4), Song (3), Mukah (3), Kapit (3), Daro (2), Dalat (2), manakala masing-masing satu kes direkodkan di Sri Aman, Bukit Mabong, Matu, Julau dan Sebauh.

Sementara itu, daripada jumlah kes, satu kes masing-masing merupakan kategori lima dan tiga, manakala 91 kes kategori dua dan 44 kes kategori satu.

JPBNS turut memaklumkan terdapat dua kematian baharu direkodkan di Kuching pada 24 hingga 26 November melibatkan individu berumur 78 dan 45 tahun.

Berhubung kluster baharu, sehingga hari ini tiada kluster baharu diisytiharkan dan kekal empat kluster.


utusanborneo.com.my/2021/11/27

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2021 12:21 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050551 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list