CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2204|Reply: 24

[Tempatan] AirAsia beri penjelasan isu tiket ke Sarawak mahal

  [Copy link]
Post time 28-11-2021 12:04 AM | Show all posts |Read mode
AirAsia perjelas isu tiket ke Sarawak mahal
Bisnes HM


Kuala Lumpur: AirAsia telah menerima kelulusan rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) hari ini untuk tambahan 42 penerbangan mingguan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak bagi tempoh terhad iaitu dari 11 Disember 2021 sehingga 5 Januari 2022.

Ia secara langsung menurunkan harga tiket Kuala Lumpur-Kuching dari sekitar RM1,000 sebelumnya kepada kurang RM200 sehala dan ia sudah hampir habis terjual sebaik jualan dibuka.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, sebagai penerbangan kos rendah, pihaknya memerlukan jumlah inventori yang tinggi untuk membolehkannya menawarkan harga tiket yang rendah kepada penumpang.

"Operasi kami adalah berlandaskan kecekapan ekonomi (economies of scale) iaitu dengan mendapatkan jumlah penumpang yang tinggi dan seterusnya membahagikan penjimatan kos kepada mereka.

"Harga purata untuk tambang penerbangan AirAsia antara Sarawak dan Semenanjung sebelum ini hanya sekitar RM160 sehala setiap penumpang.

"Harga purata ini mengambil kira harga tertinggi dan terendah termasuk ketika kami menawarkan jualan promosi tambang percuma," katanya dalam kenyataan hari ini, bagi mengulas isu hangat di media sosial berhubung harga tiket yang mahal untuk penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak menjelang perayaan Krismas dan musim cuti serta pilihan raya negeri Sarawak yang dijadualkan pada 18 Disember 2021.

Menurutnya, model penetapan harga AirAsia adalah berdasarkan permintaan dan penawaran serta ia serupa dengan yang digunapakai oleh syarikat penerbangan lain seluruh dunia.

"Pematuhan terhadap kekerapan penerbangan yang dihadkan oleh SDMC telah menyebabkan pengurangan inventori tiket penerbangan yang ditawarkan dan seterusnya menyebabkan mekanisme penetapan harga dinamik kami menghasilkan harga tinggi apabila tiket pada harga rendah telah habis terjual.

"Ini juga adalah mekanisme sama yang diguna pakai untuk menawarkan harga promosi termasuk tiket serendah RM99 sehala pada Oktober lalu.

"Secara umumnya, harga tiket akan meningkat apabila semakin hampir ke tarikh penerbangan dan juga pada musim cuti, ketika hampir semua penerbangan kami hampir penuh sehingga 90 peratus.

"Jumlah kekerapan penerbangan yang dihadkan adalah faktor utama yang melonjakkan harga tiket bagi semua syarikat penerbangan," katanya.

Menurutnya, AirAsia mengendalikan lebih 300 penerbangan mingguan ke Sarawak bagi tempoh sebelum pandemik, menghubungkan Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu dengan Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu serta pelbagai destinasi di Malaysia.

"Untuk laluan Kuala Lumpur-Kuching sahaja, AirAsia mengendalikan sebanyak 12 hingga 15 penerbangan sehari sebelum tempoh pandemik, tetapi dengan kelulusan terbaru daripada MOTS, kami hanya dibenar mengendalikan lima penerbangan harian bagi laluan popular ini dan ini adalah pengurangan 67 peratus dalam kapasiti kami disebabkan sekatan oleh SDMC," katanya.

Riad berkata, ramai pelanggan telah mendapatkan tiket pada harga rendah pada jualan promosi Oktober lalu dengan harga tiket antara Kuala Lumpur dan Sarawak hanya serendah RM99 sehala.

"Amat jelas bahawa permintaan sememangnya tinggi tetapi buat masa ini kami tidak dapat memenuhinya sehinggalah kelulusan diberikan untuk lebih banyak penerbangan.

"Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SDMC dan MOTS atas kelulusan untuk penambahan penerbangan terbaru bagi musim cuti dan perayaan Krismas.

"Kami dengan ini merayu kepada MOTS dan SDMC untuk juga meluluskan permohonan penerbangan tambahan untuk Tahun Baru Cina, dan seterusnya menghapuskan sepenuhnya sekatan atas kekerapan bagi penerbangan yang telah diluluskan.

"Ini akan membolehkan kami menguruskan kos dengan lebih baik dan cekap seterusnya menurunkan tambang untuk manfaat semua penumpang," katanya.

Disiarkan pada: November 27, 2021 @ 5:39pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn di reschedule flight ikut sukati dia je sudahla... Naya ke orang... Banyak dah kes2 baca kat fb pasal airasia ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Maklumlah sabah dan sarawak ni special. Ada akta imigresen dan pengangkutan mereka sendiri. Mana nak sama dengan negeri di semenanjung yg jadi hamba kepada federal government
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg beribu riban pun..bg chance la org srwk nk balik krismas..keciannn tauuu..
org srwk suka mkn bontot ayam kan..tiber
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:36 AM | Show all posts
menteri KPDNHEP dari Sarawak, yang nama Alexander Nanta Linggi tu. nasib baik dapat naik jadi ahli parlimen dan menteri sebab datuk dia mendiang Tun Jugah, memang tunggang nama datuk dia lah. pastu jadi menteri lahap lak makanan import hari2, tu yang muka jadi lebar tapi otak tepu. tak caya tengok jelah gambar muka dia, lembab semacam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2021 12:46 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2021 01:07 PM | Show all posts
domestobot replied at 28-11-2021 08:36 AM
menteri KPDNHEP dari Sarawak, yang nama Alexander Nanta Linggi tu. nasib baik dapat naik jadi ahli p ...

sheols lah menteri fatimah wiski khen?


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 07:31 AM
mmg beribu riban pun..bg chance la org srwk nk balik krismas..keciannn tauuu..
org srwk suka mkn bon ...

Mmg takdo chance dek.
Nak cover balik seat 99 sen bagai yg dah disapu tu.
Yg terdesak kono bayor lah.. tu lah game diaorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-11-2021 07:29 AM
Maklumlah sabah dan sarawak ni special. Ada akta imigresen dan pengangkutan mereka sendiri. Mana nak ...

ok gk ' kalo betul caranya'....xde la abangla,rohingya 'bersepah'...tp..kita tgk nt...pemimpin/politikus vs pemain ekonomi.... mana lebih 'kuat'.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 28-11-2021 01:35 AM
Jgn di reschedule flight ikut sukati dia je sudahla... Naya ke orang... Banyak dah kes2 baca kat fb  ...

MAS pun samo.
Nanti reschedule.
Dalam online booking kemain pagi petang siang malam flight.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:35 PM | Show all posts
tak perlu explen berjela2

meniaga karipap pun kalau gomen benarkan sehari jual 5 biji boleh ka jual harga 50 sen? Yang ini acik kepam lagi senang faham


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ketipongtipah replied at 28-11-2021 01:14 PM
Mmg takdo chance dek.
Nak cover balik seat 99 sen bagai yg dah disapu tu.
Yg terdesak kono bayor l ...

keciannn la kt dorg ni kaktipah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 05:00 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 28-11-2021 05:07 PM

.
Tiket penerbangan AirAsia KL-Kuching untuk PRN Sarawak pada 18 Dis dan Krismas 25 Dis 2021, kalau beli awal = RM200, tapi kalau beli lambat = RM1,000 = >5 kali ganda.

Kaedah penjualan ini oleh AirAsia dan MAS adalah macam harga Yahudi sepuluh ganda yang dicaj oleh "ticket scalpers" untuk tiket2 konsert bintang2 terkemuka atau .... pada March 2020 semasa pandemik Covid-19 bermula bila sekotak pelitup muka X 50 helai, yang harga biasa sebelum pandemik = RM10, dijual oleh "hoarders" pada harga RM100. Kaedah penjualan ini perlu diharamkan atau dikawal oleh kerajaan kerana menganiayai Rakyat yang nak balik kampung berjauhan semasa perayaan atau untuk PRN/PRU. .......

https://www.scmp.com/news/hong-k ... 000-andy-lau-ticket - Hong Kong fan’s HK$40,000 bill for a HK$1,000 Andy Lau ticket fuels consumer watchdog’s call for scalping to be made illegal across all venues in city / Bil HK$40,000 peminat Hong Kong untuk tiket Andy Lau yang bernilai HK$1,000 menyemarakkan gesaan pemantau pengguna agar scalping diharamkan di semua tempat di bandar - 15 Oct 2018
.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 03:20 PM
keciannn la kt dorg ni kaktipah

Memang.. tapi nak buek camno dek.
Airlines dah lock-in harga minyak rates lama.
Terpaksa la algorithm dan robot booking system tu buek kerja nak cover operational costs, expenses and fuel segala bagai tu.
Nampak demand canak sikit jer jack up la fares kaw2 sbb ramai yg nak beli tiket menangguk di air yg keruh...
Alasan economic of scale konon..gitu la dari dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy antara mangsa. Pegi lgkawi ambik tiket jam 2 ptg. Dia boleh reschedule fligt ke 8 mlm. Mmg lahanat. Hilang 1 hari aku. Pegi hotel sampai dah mlm. Bukan boleh dpt diskaun pun hotel.
Mmg sial airasia ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:44 PM | Show all posts
day by day...rakyat kena bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sama la kena reschedule dengan airasia, sesukaa hati je dah la last minute, abis satu flight tu dia sumbat kasi penuh dari 2 flight yang dia reschedule, abis segala plan, konon smpai pagi, ada la masa nak pusing2, da sampai malam hmmmmm sampai2 tidur je la..
untuk tak ot, nasib baik sis beli tiket time murah sangat, tak boleh la nak kecam lebih2..redha je la mampu..
orang lain beli last minute, 3-4 kali lagi mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
X faham aku dia explain...apa2 jer lah asalkan penumpang selamat ke destinasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2021 10:26 PM | Show all posts
AA punya style
pergi dia kasi murah (certain bilangan penumpang)
balik, tambang penuh
so dpt la cover cost

satu la
booking hari
bayar penuh
terbang 2-3 bulan lagi
so dpt la interest dlm nightly rate
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 06:08 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 10-12-2021 10:30 PM

.
Harga tiket penerbangan Air Asia KL-Kuching One-Way untuk tempahan 17 Dis 2021 (1 minggu depan) sudah melambung balik ke >RM1k, seperti setengah bulan lalu, iaitu sama dengan harga tiket MAS dari KL-London = RM1,400.


Kerajaan perlu kawal harga ini semasa PRN dan perayaan supaya Rakyat Sarawak & Sabah yang mau balik-kampung dari Semenanjung tak dikaut untung atau dieksploitasi oleh syarikat2 penerbangan, spt hadkan harga maksima ini  kepada RM500 setiket.


Adakah harga tiket bas dan keretapi untuk balik kampung semasa perayaan dan PRN di Semenanjung sama boleh melambung sehingga >5 kali ganda harga biasa.? .......

https://www.airasia.com/flights/ ... ss=economy&ule=true

.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.435760 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list