CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8804|Reply: 193

[Tempatan] Johor cuti jika menang Piala Malaysia (KL City 2-0 JDT) JDT-Johor Dah Tewas

  [Copy link]
Post time 27-11-2021 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 30-11-2021 11:52 PM

Johor cuti jika julang Piala Malaysia: MB
| | 27 November 2021

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa sekiranya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2021 pada 30 November ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, cadangan cuti khas peristiwa pada 1 Disember tersebut adalah bagi meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan merangkul piala berkenaan sempena sambutan ulang tahun ke-100 penganjuran kejohanan bola sepak berprestij tanah air itu.

"Sekiranya JDT mendapat kejayaan menang Piala Malaysia, esoknya (1 Disember) kita cuti sehari.

"Piala Malaysia berusia 100 tahun dan ia sangat bersejarah dan saya percaya kita semua menunggu JDT merangkul piala ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Khas Rumah Johor di Gerbang Nusajaya di sini pada Sabtu.

Justeru, Hasni berharap agar JDT dapat membariskan pemain terbaik pada perlawanan akhir bertemu Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Juara bertahan JDT mengesahkan slot ke pentas final selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-1 ke atas Terengganu FC (TFC) selepas menewaskan skuad Penyu itu 3-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.

KL City FC pula mara ke perlawanan akhir selepas mengatasi Melaka United dengan agregat 5-3 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan pada aksi di Stadium Hang Jebat.

Aksi separuh akhir pertama antara KL City FC menentang Melaka United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, turut terikat 1-1.- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak tiri msia mengharap sinar
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:17 AM | Show all posts
ok nak tengoklah nanti. Iols kalau liga perdana ke apa layan time malam final sajork
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:25 AM | Show all posts
Klu mcm ni punya perangaiiii pening foreign kampeni nak melayann, menang bola pun nak umum cutii, agak2 lah skittt private companiess bukan senang nak cuti mengejutttt, yg dah ada meeting penting dgn other party tiba2 kjaan negeri umum cuti mengejutt sbb menang bola jah punn mcm mana tu. Mcm ni jadinya bila org bodoh jd kjaan, dia boleh nampak sampaiii depann muka dia jahh, keliling dah tak nampakk.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 03:37 AM | Show all posts
Tutup kampeni sehari kos dia ko nakk byr senang2 umum cuti? Bodoh2 belaka politicians yg gegehhh jadi kjaan ni. Klu bodoh jgn bertandingg pilihanraya, nanti klu menang dpt jawatan itu ini taraff keja beryy pprt, hancur negara dikerjakan puak2 bodohhh ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 28-11-2021 03:25 AM
Klu mcm ni punya perangaiiii pening foreign kampeni nak melayann, menang bola pun nak umum cutii, ag ...

Kitorang tak cuti hari tu jugak...biasanya kita bawak ke hari lain, tambah cuti raya sehari ke...

Asyik menang aje bosan plak... kalah sesekali syok gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
menang dh ke??
kalau cuti kampeni obersi yg ada jhr sana kena katup jgk la ye..sbb kalau weols ...malaysia cuti gimana pun kerja jgk tp kalau ausie cuti baru cutil lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 28-11-2021 06:53 AM
Kitorang tak cuti hari tu jugak...biasanya kita bawak ke hari lain, tambah cuti raya sehari ke...
...

Its not your entitlement, neither is it your privilege, its a given token to rakyat johor in general under same terms and conditions...set by the giver...

Ko nak aku sambung lagi?(tagline pendeta tersohor)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
KL city tolonglah menang. Jgn sampai Piala  Malaysia yg bersejarah dapat ke negara lain. Maruah kita tu. 13 Negeri menyokong kamu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:06 PM | Show all posts
nikaido replied at 28-11-2021 12:03 PM
KL city tolonglah menang. Jgn sampai Piala  Malaysia yg bersejarah dapat ke negara lain. Maruah kita ...

Aku paling happy klo KL city menang kali ni.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2021 12:27 PM | Show all posts
Johor selalu jadi Juara
so confirm dah akan cuti pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:58 PM | Show all posts
nikaido replied at 28-11-2021 12:03 PM
KL city tolonglah menang. Jgn sampai Piala  Malaysia yg bersejarah dapat ke negara lain. Maruah kita ...

banyak kali dah Singaporn darul cina hangkut bawa seberang tambak dek.

ada lagi ka maruah?


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:50 PM | Show all posts
nak cuti seminggu pun aku pedulik apa.

nobody care liga low class, "super league" konon
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:06 AM | Show all posts
nikaido replied at 28-11-2021 12:03 PM
KL city tolonglah menang. Jgn sampai Piala  Malaysia yg bersejarah dapat ke negara lain. Maruah kita ...

negara jdt....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tanya bos siap2 cuti or not
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Negar jimbabwe nak cuti eh

Menang tu dah confirm
Sondol muka org pun bos ok jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2021 10:48 PM | Show all posts
setakat jam 10.46 pm
0-2


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh ????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2021 10:51 PM | Show all posts
Final Piala Malaysia: KL 2 JDT 0
November 30, 2021 @ 10:44pm

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City (KL City) mengukuhkan kedudukan apabila kapten pasukan, Paulo Josue menjaringkan gol kedua pada minit ke-74.

Jaringan itu jelas membuatkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) tertekan dan perlu bangkit segera.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kalah...hari Jumaat atau Sabtu Kene kerja la ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.112335 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list