CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 0

RONALDO dilihat hilang sabar ketika di bilik persalinan

[Copy link]
Post time 27-11-2021 10:40 PM | Show all posts |Read mode

RONALDO dilihat hilang sabar ketika di bilik persalinan. FOTO Agensi

London: Cristiano Ronaldo dilihat mengamuk dan mengecam bekas rakan sepasukannya di Juventus menerusi satu rakaman belakang tabir.

Bintang Portugal itu hilang sabar ketika rehat separuh masa pertama semasa Juventus beraksi dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara bertemu Porto musim lalu.

Juventus adalah pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir tetapi ketinggalan 0-1 selepas berakhir babak pertama pada aksi pusingan kedua.

Porto melangkah ke saingan seterusnya menerusi agregat 3-1.

Rakaman membabitkan Ronaldo dan Juan Cuadrado di Stadium Allianz itu didedahkan menerusi dokumentari 'All or Nothing: Juventus'.

Ronaldo menjerit: "Kita harus bekerja keras. Apa yang kita lakukan! Kita tidak beraksi dengan baik!

Cuadrado kemudian membalas: "Jangan risau. Anda perlu menjadi contoh kepada semua pemain."

Ronaldo membalas: "Kita perlu memberitahu perkara yang sebenar. Kita beraksi dengan teruk. Ini adalah perlawanan Liga Juara-Juara, kita perlu mempunyai personaliti."

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ronaldo-panas-baran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.112285 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list