CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1662|Reply: 20

[Dunia] Penumpang pesawat cemas diarah turun kerana akan meletup

[Copy link]
Post time 27-11-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode

Penerbangan 2751 Azul Brazilian Airlines sepatutnya meninggalkan Cuiaba dan tiba di Sao Paulo pada 5.05 pagi, tetapi dibatalkan perlepasannya. - CEN

Penumpang pesawat cemas diarah turun kerana akan meletup

CUIABA, BRAZIL – Penumpang sebuah pesawat Azul Brazilian Airlines berdepan detik-detik mencemaskan apabila mereka diarahkan keluar dari badan pesawat serta-merta kerana dikhuatiri akan ‘meletup’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pesawat jenis Airbus 320 dengan kod penerbangan 2751 tersebut ketika itu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Marechal Rondon di bandar Cuiaba. Ia berhenti secara tiba-tiba selepas dilaporkan mengalami kerosakan elektrik yang serius.

Anak kapal pesawat tersebut bergegas memberitahu penumpang untuk mengosongkannya secepat mungkin kerana dibimbangi akan ‘meletup’.

Salah seorang penumpang, Wenderson Campos memberitahu rangkaian berita tempatan G1 bahawa pesawat itu berhenti secara mengejut dan seorang pramugari bertindak menjerit meminta semua orang meninggalkan pesawat.

“Orang ramai mula menolak satu sama lain.

“Setelah membawa bayi turun, saya kemudiannya mendapatkan isteri saya yang cedera akibat terjatuh. Seorang wanita lain patah kaki dan seorang wanita hamil mengalami pengalaman buruk,’’ katanya.

Beberapa penumpang kemudiannya ditawarkan penerbangan alternatif selain pasukan penyiasat melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Azul Brazilian Airlines berkata, perlepasan pesawat telah dibatalkan selepas juruterbang mengenal pasti terdapat kegagalan pada fungsi elektrik selain menekankan bahawa prosedur yang dijalankan adalah menurut protokol kecemasan bagi situasi seperti itu. – Agensi

SUMBER:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... erana-akan-meletup/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga bukan pramugara pramugari diajar untuk kekal tenang ke pastu jangan bagi penumpang panik?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 27-11-2021 11:36 PM
Astaga bukan pramugara pramugari diajar untuk kekal tenang ke pastu jangan bagi penumpang panik?

Dah lama tak fly semua lupa terus cakap akan meletop je agaknya. Kesiannya yang cedera.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 27-11-2021 11:42 PM
Dah lama tak fly semua lupa terus cakap akan meletop je agaknya. Kesiannya yang cedera.

Kapal terbang tak meletup pun masing2 berebut nak keluar bila nak disembark tu... Kelakorr tengok kengkadang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 27-11-2021 11:45 PM
Kapal terbang tak meletup pun masing2 berebut nak keluar bila nak disembark tu... Kelakorr tengok  ...

Betul sangat… kita yang ada anak ni priority masuk keluar dulu pun rimas semua sama nak berebut.. sudahnya jumpa jugak tunggu luggage sekali ekekkek
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
scaryyyy..
ckp psl brazil..laki kolig i yg sorg tu mamat brazil rupanya..ñngis2 dia cite laki brazil dia tinggalkan dia masa sarat..tp i jrg dgr org kita kawen laki brazil..scaryyy lah org belah sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2021 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 12:16 AM
scaryyyy..
ckp psl brazil..laki kolig i yg sorg tu mamat brazil rupanya..ñngis2 dia cite laki brazi ...

Macam bapak sammy kayty.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-11-2021 02:23 AM
Macam bapak sammy kayty.

ohh bapak dia org sana ke..sama pulak sammy tu pun xpnh jmpa apaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama aku travel ke sana sini, aku teringin nak merasa saat kecemasan semasa fly. Nak tgk sendiri mcm mana crew handle kecemasan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:35 AM | Show all posts
trauma kalo jadi mcm ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 28-11-2021 07:51 AM
Selama aku travel ke sana sini, aku teringin nak merasa saat kecemasan semasa fly. Nak tgk sendiri m ...

tak tkt ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 12:16 AM
scaryyyy..
ckp psl brazil..laki kolig i yg sorg tu mamat brazil rupanya..ñngis2 dia cite laki brazi ...

Mcm ganas je kan org belah sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 28-11-2021 08:53 AM
Mcm ganas je kan org belah sana

kan..i pun rasa ganaz..dgr nama brazil pun rasa mcm byk cartel dadah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 08:43 AM
tak tkt ke

Takut tetap takut. Cuma nak rasa pengalaman tu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 11:11 AM | Show all posts
Crew yang buat keadaan jadi panik mana tak sampai ada yang cedera.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:14 PM | Show all posts
crew pun panik sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 01:22 PM | Show all posts
miszclassique replied at 27-11-2021 11:45 PM
Kapal terbang tak meletup pun masing2 berebut nak keluar bila nak disembark tu... Kelakorr tengok  ...

masa boarding berebut nak naik, lepas tu berebut nak turun

ummah dgn berebut berpisah tiada sis


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:25 PM | Show all posts
aku tak tahu lah prosedur macam mana, tapi bila anak kapal bagitahu kapal terbang akan meletup...kan ke lagi buat orang panik..?

siapa ja tak kelam kabut kalau dengar perkataan meletup..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:43 PM | Show all posts
miszclassique replied at 27-11-2021 11:36 PM
Astaga bukan pramugara pramugari diajar untuk kekal tenang ke pastu jangan bagi penumpang panik?

how to develop urgency yet restrain from panicking? we are about to explode guys!! don't panic, perhaps? walk slowly mam and sir..?

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:56 PM | Show all posts
drivethru replied at 28-11-2021 07:51 AM
Selama aku travel ke sana sini, aku teringin nak merasa saat kecemasan semasa fly. Nak tgk sendiri m ...

aku pernah separa kecemasan kot dalam 4 kali.

In one case satu engine failure b747 kena shut off mid air.

Satu lagi kapal kipas kena kejar dgn ribut sampai dua kali diversion tak boleh landing.

Kena kejar ribut tu lagi scary. Crew pun dah stress.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.459120 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list