CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

[Tempatan] Dua maut termasuk digilis selang seminit kejadian

[Copy link]
Post time 27-11-2021 10:30 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN mangsa yang maut tersepit di bawah lori itu berdekatan Jambatan Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor petang tadi.

Dua maut termasuk digilis selang seminit kejadian

KLANG – Dua lelaki termasuk warga Pakistan maut dalam dua kemalangan silih seminit di daerah ini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.50 dan 4.51 petang itu, kedua-dua mangsa yang maut berusia 36 dan 47 tahun.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan pertama melibatkan lelaki warga Pakistan yang digilis dan tersepit bawah lori kontena berdekatan Jambatan Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini.

Katanya, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara bersendirian.

“Setibanya di persimpangan lampu isyarat berdekatan jambatan itu, lelaki berkenaan digilis sebuah lori kontena.

“Kemalangan mengakibatkan mangsa kemudian tersepit bawah tayar lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi menyelamat dilakukan sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 5.49 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Norazam, seorang pemandu lori turut maut selepas melanggar lori lain di Jalan Aman Perdana, Taman Aman Perdana di

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia,” katanya. -K!ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... g-seminit-kejadian/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.346912 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list