CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 152|Reply: 0

Taylor Swift bukan sekadar ‘korek’ cinta lama

[Copy link]
Post time 27-11-2021 10:24 PM | Show all posts |Read mode

TAYLOR SWIFT kembali mengasah ‘belati’ muzik terbitan pada 2012, Red menjadi sebuah diskografi terkini, Red (Taylor’s Version) yang lebih bersifat peribadi, matang dan mencengkam.

Taylor Swift bukan sekadar ‘korek’ cinta lama

SESETENGAH pihak mungkin berpendapat, Taylor Swift tak habis-habis tulis lagu tentang mantan kekasih. Bukan hanya tulis, bikin album atau lagu, pemilik nama lengkap Taylor Alison Swift itu turut merakam semula kebanyakan kerja muziknya sebelum ini.

Album Fearless sudah diberi sentuhan semula dan baru-baru ini, penyanyi itu bertindak merakamkan semula album keempat yang pernah diterbitkan pada 2012 iaitu Red dengan judul Red (Taylor’s Version).

Mengulas sedikit tentang persoalan pada perenggan pertama, apa yang dilakukan Taylor sebenarnya bukan sekadar menulis muzik tentang bekas teman lelaki.

Dia seorang pemuzik dan jika apa yang dikerjakannya sedekad lalu tidak memberi hak pemilikan ‘master rights’ kepadanya, sedangkan kebanyakan lagu yang ditulis dalam album versi terdahulu adalah hasil genius mindanya, semesti­nya dia berhak dan layak untuk me­rakam semula karya lamanya.

Apa yang Taylor lakukan sepatutnya dijadikan pengajaran dan ikutan buat sesiapa sahaja individu yang berprofesion sebagai pemuzik. Kalian berhempas-pulas menulis lagu dan itu adalah usaha yang perlu ‘dipatenkan’ .

Berbalik tentang kualiti Red (Taylor’s Version), album yang mengandungi 30 buah trek tersebut membuktikan dirinya seorang penyanyi dan pemuzik yang bukan calang-calang.

Matang, mencengkam

Big Machine atau Scooter Braun mungkin dah boleh ‘bungkus’ versi lama Red memandangkan Taylor tanpa rasa berbelah bahagi dan gentar kembali menerbitkan semula album berkenaan.

Bukan itu sahaja, usaha yang dilakukan Taylor mendapat sambutan menggalakkan dunia apabila versi baharu meroket ke tangga pertama Billboard 200 (album) dan lagu dengan durasi 10 minitnya, All Too Well turut mencanak ke tangga pertama carta album di Amerika Syarikat, Billboard Hot 100.

Meskipun kebanyakan lagu telah kita dengar menerusi album terdahulu, Red Taylor’s Version diadun dengan kematangan vokal, susunan muzik yang lebih luas, bersinar dan secara kasualnya lebih mencengkam.

Apa yang menarik tentang Red Taylor’s Version? Dari segi instrumentasi, diskografi ini dibawa secara lebih mendalam dengan perincian yang lebih lebih memfokus.

Sebagai contoh pendengar sudah tahu All Too Well versi lama dan All Too Well versi baharu lebih polished, matang dan lebih ‘Taylor Swift’.

Kalau ditanya antara 30 trek yang terkandung, mana satu menjadi pilihan utama penulis, rasanya soalan sebegitu tidak adil.

Kesemua lagu dirasakan memberi impak dan rasa nyaman tersendiri.

Bagaimanapun, jika terpaksa membuat pilihan dan kalau ada butang ‘repeat’, penulis akan pilih I Bet You Think About Me (featuring Chris Stapleton). Untuk terbitan kali ini, karya itu boleh diulang dengar sampai lebam dan kemudian habiskan 29 trek lain dengan setia dan bersungguh-sungguh.

Sejauh ini, wanita itu telah mengukir jalan buat ramai pemuzik agar tidak mudah diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya.

Untuk semua kerja dan usaha, setiap pemuzik berhak menuai hasilnya dan tidak selalunya harus berada bawah te­lunjuk label atau syarikat rakaman.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... r-korek-cinta-lama/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 69192 Replies : 1922
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 48359 Replies : 1074
[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
ipes2[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
Views : 45138 Replies : 503
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29736 Replies : 507
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 50280 Replies : 337
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 26 Replies : 17
Brand New Massage Chair Kerusi Urut Healthcare Zero Gravity Space Capsule
冷寂雨-紫雨Brand New Massage Chair Kerusi Urut Heal
Views : 20871 Replies : 627
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 1285 Replies : 31
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9668 Replies : 562



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-1-2022 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.085918 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list