CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 849|Reply: 2

Tajuk Cina lenggok Melayu - BAEL0N

  [Copy link]
Post time 27-11-2021 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Tajuk Cina lenggok Melayu


BAEL0N buat persediaan vokal yang rapi demi lagu Ngamsoi.

Semakin aktif melakar nama sebagai penyanyi, Bael0n nampaknya semakin selesa dengan hala tuju muziknya.

Dikenali dengan personaliti riang dan bersahaja, pemilihan corak lagu santai tepat untuknya.

Justeru, dia kembali lagi dengan corak lagu 'catchy' berjudul Ngamsoi pula.

Mendengar judulnya, ramai pasti tertanya maksud di sebalik lagu itu di mana dia memilih gunakan terma yang cukup menarik.

Menurutnya, dia memang sengaja tampil dengan judul yang mampu memancing perhatian pendengar. Baginya, percaturan itu tepat menggambarkan dirinya yang sentiasa tampil unik dan tersendiri.

"Perkataan Ngamsoi itu diambil daripada slang yang selalu masyarakat guna untuk ekspresi setuju atau mengiyakan sesuatu. Ngam atau Ngamsoi ini kita selalu dengar penggunaannya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina.

"Sebab utama saya memilih judul ini adalah kerana mahukan orang tertanya-tanya kenapa lagu judulnya Ngamsoi. Manakala dalam lirik pun saya berulang sebut Ngamsoi kerana senanglah diingati setiap pendengar," katanya.

Walaupun lagunya kedengaran santai, tidak bermakna Bael0n mahu pengisian liriknya tidak penting. Menurutnya, mesej yang disampaikan memang kedengaran merapu, namun terjadi setiap hari dalam kehidupan ramai.

"Cerita di sebalik lagu ini secara asasnya mengenai seseorang menjalani hari yang cukup panas dan kemudian pergi membeli kopi ais. Tiba-tiba terjumpa dengan seseorang yang dia suka. Situasi minum kopi ais dan berjumpa individu itu memang 'ngamsoi'.

"Kalau dari segi mesej utamanya pula, saya mahu memujuk pendengar agar berani luahkan perasaan terhadap orang yang disukai. Misalnya mereka memang suka sama suka, tunggu apa lagi, jalinkan hubungan serius," katanya.



Tampil dengan konsep nyanyian hip hop untuk beberapa lagu terdahulunya, kali ini Bael0n beranikan diri untuk tunjuk sisi lain vokalnya. Misinya tidak lain untuk terus mencabar kemampuan dan berharap Ngamsoi berjaya menghiburkan ramai.

"Dua lagu terdahulu saya lebih ke arah genre rap yang ringan. Kali ini, saya ingin buktikan kemampuan vokal saya pula kerana sebolehnya saya enggan kekal dalam sebuah genre semata-mata.

"Saya juga tetap tampilkan lagu santai kali ini kerana mahu hiburkan pendengar dengan melodi yang ringan. Kita semua sudah berdepan masa sukar bersama, maka diharapkan lagu saya ini mampu riangkan serta mendapat tempat di hati pendengar," katanya.

Demi lagu Ngamsoi, Bael0n juga membuat persiapan yang agak rapi demi memastikan kualiti serta hasil akhirnya menepati cita rasa terkini.

Justeru, dia mengambil rujukan daripada penyanyi Indonesia untuk misi itu.

"Kebanyakan rujukan untuk bahagian nyanyian saya ambil dari muzik dan penyanyi Indonesia contohnya Diskoria menerusi lagu C.H.R.I.S.Y.E dan Sereneta Jiwa Lara. Cuma lenggoknya saya Melayukan sedikit supaya boleh dinikmati bersama di sini," katanya.

Terdahulu, Bael0n sudah melancarkan dua lagu iaitu Cek Mek Molek dan Rindu nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Amelina yang diberi nafas baharu.

Bael0n turut ditampilkan dalam kempen It Starts on TikTok tidak lama dulu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... cina-lenggok-melayu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkataan cina Yang iols kenal Di porem = kamsia
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi baru?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.085325 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list