CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 718|Reply: 0

'Otai' okay, 'legend' belum lagi' - Ito Blues Gang

[Copy link]
Post time 27-11-2021 10:15 PM | Show all posts |Read mode
'Otai' okay, 'legend' belum lagi' - Ito Blues Gang


ITO Mohd. FOTO Azhar Ramli


Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan Blues Gang, Ito Mohd tidak ambil kisah mengenai gelaran 'legend' (legenda) yang diberikan kepada artis-artis yang sudah lama terbabit dalam industri seni tanah air.

Ito, 70, atau nama sebenarnya Mohd Arif Kendut berkata, gelaran itu sepatutnya diberikan kepada artis yang sudah meninggal dunia dan bukannya masih hidup.

"Orang dah meninggal dunia barulah layak dipanggil 'legend' (legenda). Kalau cepat-cepat diberi gelaran itu dan orang itu masih hidup tapi jadi gila, nak 'legend' macam mana?

"Ini dia belum meninggal dunia lagi tapi dah diangkat macam ini. Dia dah meninggal barulah boleh cakap," katanya kepada Harian Metro.

Ito berkata, dia sememangnya memahami maksud 'legend' itu adalah penghargaan kepada penggiat seni yang sudah lama seperti dirinya sendiri.

"Saya sebenarnya faham maksud 'legend' itu satu penghormatan, tetapi kalau panggil 'otai' itu okaylah," katanya ditemui ketika hadir pada sidang media Pesta Kopi KL X Blues Valley Jam di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Ditanya sekiranya gelaran itu membuatkan peluangnya terbatas untuk mengadakan persembahan di mana-mana lokasi kerana dibimbangi akan 'demand', Ito menafikan dakwaan ini.

"Saya faham ada penganjur atau mana-mana pihak seperti restoran tidak berani jemput artis kategori ini kerana harganya mahal.

"Itulah yang seronok jadi kumpulan blues. Tiada masalah untuk saya terima tawaran begini. Walaupun tempat kecil janji disediakan sedikit imbuhan pasti saya terima. Kalau nak jaga status itu ini, tak makan saya dibuatnya," katanya.

Menurutnya, dia sendiri menyaksikan sesetengah artis 'tergolek' kerana terlalu mahu menjaga status.

"Saya memang fikir bab rezeki saja. Apa saja tawaran dengan harga yang berpatutan pasti saya akan ambil termasuk babitkan parti politik.

"Tak kisahlah mana-mana parti panggil saya menyanyi, saya akan ambil kerana ini rezeki," katanya.

Dalam perkembangan lain, Blues Gang akan beraksi dalam konsert Blues Valley Jam yang bertemakan alam sekitar membabitkan kerjasama dengan Tempatan Fest. Ia diilhamkan sempena sambutan ulang tahun ke-48 kumpulan itu.

Konsert secara maya ini akan berlangsung pada 28 Disember ini bermula jam 4 petang hingga 11 malam menerusi laman web www.bluesgangofficial.com.

Artis lain yang akan menjayakan konsert ini ialah Lord (The Boys), Pitahati, Sons Of Adam, Andy Flop Poppy, Zip Zieller dan Blues All Star.

Tiket untuk menonton berharga RM22 boleh dibeli menerusi www.bluesgangofficial.com.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... lagi-ito-blues-gang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.419353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list