CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 0

[Tempatan] Amaran ribut petir di lapan negeri malam ini

[Copy link]
Post time 27-11-2021 10:14 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN / FARIZ RUSADIO

Amaran ribut petir di lapan negeri malam ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri sehingga 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, negeri yang terlibat ialah seluruh negeri Perlis, Perak, serta beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di negeri Kedah, daerah yang diramal mengalami cuaca hujan lebat berserta ribut petir ialah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

“Sementara di Kelantan, cuaca sama dijangka melanda daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, MetMalaysia turut memaklumkan beberapa daerah di Pahang seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis turut dijangka berlaku hujan lebat berserta ribut petir.

“Cuaca sama juga diramal berlaku di Batu Pahat, Johor. Keadaan sama juga boleh berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei

(Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song) dan Limbang (Laws), Sarawak.

“Sementara di Sabah pula, hujan lebat berserta ribut petir juga diramal melanda Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar dan Tuaran) dan Sandakan (Tongod),” ujarnya.

Terdahulu, berlaku banjir kilat susulan limpahan air Sungai Batang Padang, Teluk Intan, Perak menyebabkan kawasan penempatan penduduk dinaiki air setinggi 0.3 meter.

Kawasan terjejas membabitkan Kampung Sungai Rambai, Kunci Air 12 Headwork, Kampung Tanjong Keramat, Sungai Kucing dan Sungai Seluang, Kampung Matang Jambu Degong, Parit 7, Chikus, Kampung Belt, Kunci Air 12, Parit 4, Parit 5, Parit 6 dan Parit 7 Chikus. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... n-negeri-malam-ini/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.888004 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list