CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2904|Reply: 29

[Tempatan] Siap sedia senario terburuk hadapi varian baru Omicron, kerajaan digesa

  [Copy link]
Post time 27-11-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Seorang penyelidik berkata, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dalam berdepan varian baharu Omicron menggunakan kawalan sempadan dan sekatan perjalanan tidak popular sehingga mempunyai lebih banyak maklumat berhubung strain baharu itu.

Dr Lam Sai Kit, perunding penyelidikan di Universiti Malaya dan Felo Kanan Akademi Sains Malaysia, berkata kerajaan boleh menyesuaikan respons mereka apabila mempunyai lebih banyak maklumat dalam beberapa minggu akan datang.

“Pada masa sama, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi senario terburuk,” katanya, dengan langkah seperti larangan perjalanan, meningkatkan kawalan sempadan dan penjujukan genom, khasnya untuk pelancong asing dari negara terjejas.


“Untuk melaksanakan semula sebarang bentuk larangan perjalanan bukan langkah popular dan sudah tentu akan merosakkan lagi ekonomi dunia. Tetapi, apa lagi yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya memperlahankan varian itu daripada menular ke luar Afrika Selatan?


“Kita perlu bertindak proaktif dalam melindungi sempadan kita dan satu-satunya cara ialah melaksanakan sekatan perjalanan, tidak kira betapa tidak popularnya langkah ini.”

Hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan varian Omicron sebagai varian membimbangkan – kategori paling mengancam untuk varian Covid-19. Ia dikesan sebahagian besarnya di Afrika Selatan, tetapi turut ditemui di Hong Kong, Belgium dan Israel.

Lam berkata, “kita tidak tahu sejauh mana keterukan Omicron” dan sama ada ujian PCR serta Antigen Rapid Test (ARTs) masih berguna untuk mengesannya, atau jika vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap Omicron.

Tetapi, langkah semasa seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan tangan, mengelakkan ruang sesak dan meningkatkan pengudaraan di ruang dalaman masih berguna.

“Vaksin dan dos penggalak masih sangat disyorkan.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat ler kerajaan bertindak sebelum terlambat
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat hong kong pun dah ada kes..sekejap je la merebak kat tmpt lain tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
penat lah ngn kobid ni..kekadang penat nk kena pakai mask ni..muka cantik2 kena sorok
pastu duit byk hbs kt sanitizer ngn mask..dettol tu dh la mahei..kalau yg 50ml kt watson dh rm6..pastu sminggu jer..xsuka jenama lain..
mask kalau beli yg mur mur msti kualiti hauk xblh bernafas..yg selesa dipakai mahal pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:25 AM | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 10:15 AM
penat lah ngn kobid ni..kekadang penat nk kena pakai mask ni..muka cantik2 kena sorok
pastu  ...

pastu make up habis melekat kat mask. hahaha. iols tak boleh pakai dettol, last year guna skejap sanitizer dettol habis tangan iols kena rashes. doktor pon terperanjat
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 28-11-2021 10:25 AM
pastu make up habis melekat kat mask. hahaha. iols tak boleh pakai dettol, last year guna skejap s ...

kann..habis melekat bedak ngn lip ice kt mask
i ada tabiat telek muka sambil buat kerja..sbnrnya bkn telek muka sgt..lebih kpd baiki mask kt muka tkt senget..so letak cermin sblh pc
abistu uols pakai sanitizer cap apa? i beli aiken lasy week sbb rm4 sbb i suka yg kecik sng letak dlm beg..xbest aiken..melekit

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2021 10:58 AM | Show all posts
bijak pandai Malaysia kena pikir formula macam mana nak hidup tanpa pergerakan dalam dan keluar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:58 AM | Show all posts
edayildiz replied at 28-11-2021 10:52 AM
kann..habis melekat bedak ngn lip ice kt mask
i ada tabiat telek muka sambil buat kerja..sbnrny ...

iols guna sanitizer jenama watson tak pon guardian je. so far tu ok takda lagi tangan allergy. iols pon ada cermin kat office tapi tak la letak sebelah pc. gantung kat sebelah pintu hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 11:09 AM | Show all posts
Muka pun dah gatal2 pakai mask lama sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Europe dah buek pcr test negatip n kuarantin 10 hari utk travelers ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Malesia hanya akan bertindak(dlm kebanykkan isu/perkara)apabila...'SUDAH TERHANTUK'.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takmo pakai mask boleh tak
Tk suka lemas
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 28-11-2021 12:25 PM
Takmo pakai mask boleh tak
Tk suka lemas

Kono pakai esp indoors mak.
Airbourne virus ni.. espesiali yg tempat ramai n sempit ventalation hauk aircond dah x servis lama dah

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu kes dah mencanak nanti baru kerajaan gelabah. Skrg masih lg normal. kes harian masih dlm lingkungan 5000-6000. Bawak bertenang










Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 28-11-2021 10:58 AM
bijak pandai Malaysia kena pikir formula macam mana nak hidup tanpa pergerakan dalam dan keluar nega ...

Apa kata bila keluar ke tempat yang sesak diwajibkan guna ppe. Mungkin cara ini je boleh kawal jangkitan.aku pun dah mula guna ppe naik ets. lantakle kome nak  gelak janji otak aku lapang hati senang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:13 PM | Show all posts
vaksin yang ada sekarang ni boleh lawan varian baru ni tak

ke kena cucuk 5 kali lagi baru boleh lawan omicron ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 02:35 PM | Show all posts
dah vaksin pun takut lagi, bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila covid nak stop sudah hampir 2 tahun pakai mask serupa ninja,  sib baik semua mask free company bagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 09:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler weii bts tu buat konsert lg 4 hari fullhouse.. Ramai giler manusia berkumpul... Giler betul
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.381501 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list