CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Pahang] Gajah jantan ditangkap di kawasan perumahan

[Copy link]
Post time 27-11-2021 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Gajah jantan ditangkap di kawasan perumahan

Mohd Rafi Mamat - November 27, 2021 @ 4:24pmbhnews@bh.com.my




Gajah jantan yang ditangkap kawasan perumahan nelayan Sungai Puteri. NSTP/Mohd Rafi Mamat


ROMPIN: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Temerloh, semalam, menangkap gajah jantan di kawasan perumahan nelayan Sungai Puteri, di sini.

Haiwan berusia antara 15 tahun hingga 20 tahun itu dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Menchali, di sini, untuk mencari makan dan kali terakhir dilihat di kawasan berkenaan, Isnin lalu.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata usaha mengesan gajah itu segera dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat yang melihat kehadiran gajah berkenaan berada di belakang rumah mereka.

Katanya, haiwan liar berkenaan akhirnya ditangkap kira-kira jam 11 pagi di kawasan semak berhampiran perumahan nelayan Sungai Puteri.

Katanya, gajah jantan dengan ukuran tapak kaki kira-kira 2.5 sentimeter itu mempunyai sepasang gading.

"Operasi mengesan dan menangkap gajah berkenaan disertai lebih 20 anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) PKGK Kuala Gandah dan UTG Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang dibantu kakitangan Perhilitan Rompin.

"Kedudukan haiwan terbabit di kawasan penempatan penduduk dan hutan kecil memudahkan operasi mengesan seterusnya menangkap sebelum dipindahkan," katanya di sini, hari ini.

Che Ku Mohd Zamzuri berkata, pihaknya memandang serius kehadiran gajah di kawasan perumahan nelayan Sungai Puteri kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk setempat.

Katanya, bagi memastikan penduduk setempat tidak bertindak menghampiri gajah yang telah diikat, laluan ke kawasan berkenaan terpaksa ditutup sementara.

"Kita akan memindahkan gajah berkenaan dalam masa terdekat dengan bantuan dua ekor gajah denak," katanya.

Sementara itu, beberapa penduduk perumahan nelayan Sungai Puteri yang ditemui berkata, mereka bersyukur dengan kejayaan PKGK Kuala Gandah menangkap gajah yang sebelum muncul di kampung mereka.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.070799 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list