CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 643|Reply: 0

[Kedah] Langkawi terima pelancong asing 3 Disember ini

[Copy link]
Post time 27-11-2021 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Langkawi terima pelancong asing 3 Disember ini

Hamzah Osman - November 27, 2021 @ 4:25pmbhnews@bh.com.my




Pesawat Scoot Airlines membawa kira-kira 200 penumpang dijadual menjadi penerbangan pertama antarabangsa ke Langkawi pada 3 Disember ini. IHSAN SCOOT AIRLINES


LANGKAWI: Penerbangan pertama membawa pelancong asing sempena Gelembung Pelancongan Antarabangsa Projek Rintis Pulau Langkawi dijangka bermula 3 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata penerbangan terus pertama itu tiba dari Singapura.

"Penerbangan pertama menerusi Scoot Airlines itu membawa kira-kira 200 penumpang dan dijangka tiba di pulau ini pada 3 Disember nanti.

"Pada minggu itu, dua penerbangan lain dari Singapura turut memasuki Langkawi," katanya selepas meninjau program komuniti Hari Mahsuri di Holiday Beach Villa, Pantai Tengah di sini, hari ini.

Pada 22 Oktober lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.

Menerusi inisiatif itu, pelancong antarabangsa yang berhasrat memanfaatkan gelembung pelancongan antarabangsa itu perlu memenuhi syarat dan mematuhi SOP dibentang Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).

Projek rintis itu akan dijalankan selama tiga bulan bagi KKM dan MKN menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau peranginan serta kawasan pelancongan lain.

Nasaruddin berkata, LADA menjangkakan beberapa penerbangan sewa khas turut tiba menjelang percutian musim sejuk pada pertengahan Disember ini.

"Untuk tempoh itu, LADA menyasarkan 5,000 pelancong asing akan mengunjungi pulau ini sehingga akhir tahun ini bawah program itu.

"Secara purata seramai 150 pelancong asing akan memasuki pulau ini sehari dan menjana pendapatan sebanyak lebih kurang RM24.5 juta," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052007 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list