CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2705|Reply: 48

[Politik] Najib buat laporan polis, minta siasat jika wujud persembunyian bukti kes 1MDB dan SRC

  [Copy link]
Post time 27-11-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat jika wujud persembunyian bukti material berhubung transaksi wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.


Bekas Perdana Menteri itu turut memohon PDRM menjalankan siasatan terperinci berkaitan beberapa pemimpin dan pegawai kanan kerajaan di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa beliau, sengaja menyembunyikan bukti berkaitan 1MDB

Najib turut mengakui kekecewaannya apabila beliau dan pasukan guamannya tidak dimaklumkan mengenai hubung kait atau urus niaga antara ahli keluarga terdekat seorang bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low

Najib namakan beberapa individu, tidak dedahkan kerana dalam siasatan

Dakwa Najib, tindakan pihak tertentu menyembunyikan fakta dan bukti tersebut menjejaskan usaha pembelaan beliau dalam kes mahkamah

Najib buat laporan polis dakwa bukti disembunyikan

"Kebanyakan rakyat Malaysia terkejut dengan pengesahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) minggu lepas bahawa baki RM65 juta daripada dana dilaporkan dikaitkan dengan Jho Low dan 1MDB di bank akaun yang dikaitkan dengan keluarga terdekat bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikembalikan ke Malaysia oleh pihak berkuasa Singapura.

"Laporan media telah mengatakan bahawa sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2007 hingga tahun 2013.

"Tiada siapa yang boleh lebih kecewa daripada saya kerana tiada agensi penyiasatan yang pernah mendedahkan kepada saya tentang kaitan keluarga bekas Gabenor (tersebut) kepada Jho Low atau urusan mereka kerana saya telah mempercayainya (bekas Gabenor BNM itu) sepenuhnya semasa saya menjadi Perdana Menteri," jelasnya.

Najib berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan kekecewaannya apabila bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengesahkan sedar akan urus niaga tersebut ketika masih memegang jawatan.

"Lebih mengecewakan lagi, pendedahan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dua hari lalu itu (bahawa) dia sedar tentang urus niaga tersebut ketika beliau memegang jawatan seperti dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar di Parlimen Isnin lalu.

"Bahawa polis telah mengetahui mengenai perkara ini sejak tahun 2019 di bawah rejim kerajaan Pakatan Harapan tetapi masih menyiasat sehingga kini hampir penghujung tahun 2021," dakwa Najib lagi.

Tambah Najib, maklumat terbabit tidak pernah dimaklumkan kepada beliau dan pasukan undang-undangnya untuk digunakan dalam pembelaannya di mahkamah berhubung kes 1MDB dan SRC International.

"Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam kes SRC saya juga telah menerima lebih daripada RM85 juta dana yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB dan sekali lagi saya dan pasukan undang-undang saya tidak diberitahu tentang perkara ini walaupun individu memainkan peranan penting dalam kes SRC.

"Oleh itu, saya membuat laporan untuk meminta polis menyiasat jika terdapat percubaan yang disengajakan untuk disembunyikan bukti material daripada saya dan semua rakyat Malaysia oleh individu penting di Pejabat Peguam Negara dan SPRM yang dilantik semasa pentadbiran Pakatan Harapan," jelasnya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 07:48 PM | Show all posts
kita orang umno ni profesional

taknak la tuduh2 terus macam monyet

taknak lah buat meme lalu sebarkan untuk hasut rakyat

kita guna lunas yang betul

kita suruh siasat

kita tak fitnah ye.. bukan macam team penghasut satu tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:25 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 27-11-2021 09:27 PM

Ha ha ha ha ... he he he he ... ho ho ho ho

Aoyoyo ... apa sudah jadik ... pada 2015 zaman pok jib jadik PM - everything about 1MDB was good and rosy

Audit oleh kerajaan BN / party assobiyyah pada 2015 mati2 konfom tak ada apa2 problem dengan 1MDB
An interim report by the Malaysian government into debt-laden state investment fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB) has found nothing suspicious after vetting its accounts, a parliamentary committee said on Thursday.

The bi-partisan Public Accounts Committee (PAC) said the report by the auditor general revealed nothing out of the ordinary ...

Tetiba pada 2021 bila dia kat makamah ... 1MDB dah buat salah pulak

Mungkin dulu 1MDB lain kot ...

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah disiasat, sama ada , ada pemsembunyian bukti atau pun tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:23 PM | Show all posts
abes laaa

fitnah 2.6 bilion najib songlap duit 1mdb pon dah kantoi

rupanya memang sah pak arab yang derma

kalau duit songlap, takkan LHDN nak cukaikan pulak kankankan

sian.. masuk neraka semata-mata fitnah najib
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:54 PM | Show all posts
Jangan main2 woooo ....

Pok jib nak ambil tindakan makamah dengan WSJ (link yang sama)
Last week, the Wall Street Journal (WSJ) reported that investigators looking into 1MDB had traced close to $700 million of deposits into personal bank accounts belonging to Najib, according to documents from the probe.

Meanwhile, Najib is currently weighing his legal options against the Journal.

Akan ambil tindakan makamah hari selasa :
Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa berhubung laporan mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion.
Berapa ratus selasa dah berlalu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2021 11:13 PM | Show all posts
ketipongtipah replied at 27-11-2021 11:05 PM
.. bab cukai tak nak setel pulak.Ok..paham..paham.
Ko win lah.

itu antara najib dengan LHDN, dan najib pon dah pulangkan duit derma tu, kalau ikutkan dapatlah rayuan untuk elak cukai

tapi antara korang dengan najib (sebab fitnah najib songlap 2.6B duit 1mdb) belum setel tau

merangkak la kat neraka kelak hahahahha

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:14 PM | Show all posts
kemaruk replied at 27-11-2021 07:48 PM
kita orang umno ni profesional

taknak la tuduh2 terus macam monyet

Bab cukai tak nak setel pulak. Tak nak ikut profesionalisma pulok.Ok..paham..paham.
Ko win lah.
Sila kepilkan baucer dan proceed ke kaunter 13 untuk dapatkan stok dedak percuma seumur idop.
Next?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 11:16 PM | Show all posts
memang takde isu pon

duit derma pak arab dah disahkan oleh menteri luar arab saudi

datang PH, dituduhnya duit songlap dari 1mdb

senang2 je fitnah ni diterima oleh penyokong mereka


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:17 PM | Show all posts
ketipongtipah replied at 27-11-2021 11:14 PM
Bab cukai tak nak setel pulak. Tak nak ikut profesionalisma pulok.Ok..paham..paham.
Ko win lah.
Si ...

macam bangkem katakan, itu antara najib dan LHDN

antara ko dengan najib dah setel lom? dah minta maaf dekat najib?

tak pasal2 masuk neraka sebab fitnah najib
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:55 PM | Show all posts
Laaaa ... tetiba derma pulak

Ok lah ... ada tak pok jib dapat kelulusan dari LHDN sebelum 'derma' tersebut masuk akaun dia

Hmmmm .... ada surat dari LHDN yang konfom 'derma' tu kot

Agak2 apa terma & syarat LHDN tentang 'derma'?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:00 AM | Show all posts
ada macai DAP yang masih belum terima sms dari markas DAP ke

fitnah 2.6B tu dah lapok sebab LHDN dah cukaikan duit tu

duit songlap boleh dicukaikan ke

tanya je

pi minta maaf dekat najib.. itu pon kalau najib ikhlas maafkan ler
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:05 AM | Show all posts
Pulak dah

Sekarang mengaku pulak yang LHDN dah cukaikan kononnya 'derma' tersebut

Kalo dah kena cukai bermakna LHDN tak iktiraf dana tersebut adalah 'derma'

Ni mesti tak dapat surat pelepasan 'derma' sebelum dana tersebut masuk akaun pok jib

Kan kan kan

Habis dok bebel tang 'derma' pasal apa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:41 AM | Show all posts
pak arab dah sahkan la dow

yang pasti duit tu bukan duit songlap dari 1mdb.. takkan la LHDN nak cukaikan duit songlap pulak kankankan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:48 AM | Show all posts
Edited by kemaruk at 28-11-2021 12:50 AM

adeh

https://malaysiadateline.com/wp- ... 06/Derma-Arab-1.jpg

B1 = najib
A2 = pak arab


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:58 AM | Show all posts
Tadi kata bukan derma pasal dah kena cukai

Lah ni klaim 'derma' pulak

Make up your mind lah - 'derma' atau tidak

Oh I see , tok arab kata 'derma'

Berapa banyak 'derma' yang tok arab to konfom bagi? Dia konfom ke RM2.6 billion tu 'derma'?

Tunjuk sikit ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 01:00 AM | Show all posts
Pulak dah , konon2 Zeti rekomen suruh masuk akaun

Yang aku tau Zeti tak klaim macam tu , ni laporan dari Reuters :
“I wish to categorically state that this claim is false,” Zeti said in the statement, referring to Najib saying the central bank was aware of the 2.6 billion ringgit placed in his account.

“In fact, on 3 July 2015, I was called to the Prime Minister’s office. He made a request for me to issue a statement that he had done nothing wrong in his account. I informed him that I cannot issue such a statement because I did not have knowledge of transactions that had occurred in his account.”

Aiyoyo ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 01:17 AM | Show all posts
duit songlap kena cukai LHDN ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaah, mana ada 1mdb Src semua tuuuww. Kan lobaicai cakap itoo sumua pitenahhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 10:28 AM | Show all posts
Mana satu sekarang ni?

Awal2 klaim 'derma' tok arab , pastu kata bukan 'derma' pasal kena cukai & lah ni klaim duit songlap pulak

MAcai totok party assobiyyah & pentaksub pok jib yang teramat amat keliru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.073632 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list