CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 0

[Terengganu] KPDNHEP Terengganu keluar notis kepada 41 peniaga

[Copy link]
Post time 27-11-2021 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Anggota dan pegawai penguat kuasa KPDNHEP memantau harga di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu pada Jumaat. - Foto ihsan KPDNHEP

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan (AKHAP) 2011 kepada 41 peniaga ayam, telur ayam dan sayur- sayuran di peringkat borong dan runcit di negeri tersebut untuk menurunkan harga di paras biasa.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, kesemua peniaga itu dikesan menerusi maklum balas 47 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) yang diserahkan sejak 22 November lalu sehingga Jumaat untuk menunjukkan jual lebih harga.

"Daripada 41 notis diberikan pula, seramai empat pemborong didapati enggan menurunkan harga sehingga memaksa pihak kami membuka kertas siasatan untuk tindakan undang-undang.

"Rata-rata mereka memaklumkan kenaikan harga telur ayam ketika ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga makanan ayam dan kos ditanggung oleh pengeluar telur.

"Selain itu, kenaikan harga sayuran pula adalah disebabkan keadaan cuaca penghujung tahun iaitu musim tengkujuh yang memberi kesan kepada kekurangan bekalan akibat kerosakan hasil pertanian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau berkata, kenaikan harga sayuran adalah bersifat sementara dan dijangka mengalami penurunan semula selepas keadaan cuaca bertambah baik.

"Pengguna disarankan berbelanja secara bijak dengan memilih premis menawarkan barangan pada harga berpatutan di samping merujuk kepada aplikasi Price Catcher yang disediakan pihak KPDNHEP untuk membuat perbandingan harga mengikut lokasi pilihan atau tempat tinggal masing-masing.

"Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store Dan Apple App Store secara percuma," katanya.

Tambahnya, seramai 116 anggota dan pegawai penguat kuasa digerakkan setiap hari bagi membuat pemeriksaan harga dan bekalan di seluruh negeri berserta 59 Pegawai Pemantau Harga (PPH) untuk memantau harga barangan keperluan.

"Premis yang dipantau dan diperiksa meliputi pasar awam atau basah, pasar tani, pasar raya, hypermarket dan kedai runcit.

"Data-data harga kemudiannya dikumpul sebelum dicerakin menjadi laporan dan pelan tindakan yang diperlukan seperti mencari punca kenaikan, pelaksanaan harga kawalan dan sebagainya," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... s-kepada-41-peniaga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.319290 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list