CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 66|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari: Golongan muda dibantu milik rumah sendiri

[Copy link]
Post time 27-11-2021 04:16 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tengah) diiringi Abdul Karim (kiri) tiba di BCCK merasmikan Program Jelajah Belia Sarawak @ Satok. -Gambar Chimon Upon.

KUCHING: Kerajaan negeri akan terus membantu golongan muda untuk memiliki rumah sendiri termasuk melalui Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia terutamanya golongan muda yang baharu berkahwin dan ingin memiliki rumah sendiri.

“Pada hari ini kita menyediakan satu dasar termasuk golongan muda kita yang baharu berkahwin untuk membeli rumah sendiri.

“Di mana dibawa skim ini, kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menanggung deposit RM10,000 kepada mereka, iaitu bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah.

“Pada 2022 kita memperuntukan RM10 juta bagi bayaran deposit kepada golongan muda yang membeli rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Program Jelajah Belia Sarawak @ Satok yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau berkata Sarawak yakin dapat meneruskan dasar sedemikian hasil daripada sumber pendapatan yang diperolehinya.

Abang Johari berkata, antaranya hasil cukai jualan daripada Petronas dimana setakat ini Sarawak menerima RM7 bilion sejak tiga tahun pelaksanaannya.

Sebelum ini, beliau pernah mengumumkan kerajaan negeri akan memperkenalkan Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) pada tahun depan bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) di negeri ini memiliki rumah sendiri.

Katanya, HDAS merupakan dana baharu bagi membantu B40 dan M40 dari segi perumahan.

Mengulas lanjut katanya beliau telah meminta Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) untuk membangunkan 2,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) setahun.

“Buat masa ini, purata rumah mampu milik yang kita bina adalah 1,000 hingga 2,000 unit setahun.

“Saya mahu memaklumkan kepada SHEDA agar mereka boleh membangunkan 2,000 unit rumah mampu milik setahun,” katanya.

Mengenai program, Abang Johari berharap belia-belia di Sarawak menerapkan era baharu masa kini sebagai persiapan di masa akan datang.

Jelasnya berbeza dengan satu ketika dahulu, belia pada masa kini tidak mempunyai sempadan dan beralih ke teknologi baharu.

“Namun apa yang ingin saya nyatakan bahawa tiga perkara penting untuk melahirkan belia yang mampu memimpin masa akan datang.

“Antaranya kualiti, wawasan dan objektif, agar mereka mampu menjadi pemimpin yang mengambil alih dari kita nanti,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
AKASIA : SHAKIRA [JANNA NICK, SHUKRI YAHAYA, KHAI BAHAR] MULAI 05 JAN 2022 7PM
eddlisa_uyukAKASIA : SHAKIRA [JANNA NICK, SHUKRI YAH
Views : 1014 Replies : 14
OPPENHEIMER (2023)
SY_MumiOPPENHEIMER (2023)
Views : 82 Replies : 5
Kuin Kepam Giat Mengepam Di LA V61
PulutSambalKuin Kepam Giat Mengepam Di LA V61
Views : 39720 Replies : 1503
Sharing Kitchen Cabinet & Wardrobe Design
vincent_6828Sharing Kitchen Cabinet & Wardrobe Desig
Views : 873 Replies : 6
Social Chit Chat 6
sarah82Social Chit Chat 6
Views : 34944 Replies : 582
[tvN] Mr. Queen - Shin Hye Sun, Kim Jung Hyun
xyla73[tvN] Mr. Queen - Shin Hye Sun, Kim Jung
Views : 91463 Replies : 1194
BoBoiBoy: GalacticHeroes Game Launching
HamazakixamBoBoiBoy: GalacticHeroes Game Launching
Views : 4868 Replies : 1
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 81062 Replies : 120
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 52101 Replies : 366



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 07:48 PM GMT+8 , Processed in 4.816203 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list